Sukan Paralimpik Musim Panas 1996
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sukan Paralimpik Musim Panas 1996 (bahasa Inggeris: 1996 Summer Paralympics) atau secara rasminya Sukan Paralimpik Musim Panas ke-10 (bahasa Inggeris: 10th Summer Paralympics Games) merupakan satu acara pelbagai sukan antarabangsa bagi atlet kurang upaya yang telah diadakan di Atlanta, Amerika Syarikat dari 16 hingga 25 Ogos 1996.[1]
Temasya ini merupakan kali kedua Amerika Syarikat menganjurkan Sukan Paralimpik, selepas Sukan Paralimpik Musim Panas 1984 yang dianjurkan di Bandar Raya New York. Temasya ini turut merupakan Sukan Paralimpik pertama yang mendapat penajaan dari seluruh dunia. Sukan Paralimpik 1996 juga menjadi edisi Sukan Paralimpik pertama yang disiarkan di Amerika Syarikat.[1] Selain itu, atlet berkecacatan intelektual turut diberikan pingat buat pertama kali di Sukan Paralimpik.[2]
Amerika Syarikat menjadi johan keseluruhan dengan 157 pingat dan 46 pingat emas, diikuti dengan Australia dan Jerman yang memperoleh pingat perak yang terbanyak (58 buah) dalam temasya tersebut.[3]
Remove ads
Maskot
Maskot rasmi Sukan Paralimpik 1996 ialah Blaze, seekor burung phoenix, yang direka bentuk oleh Trevor Stone Irvin dari Irvin Productions yang berpangkal di Atlanta. Burung phoenix merupakan simbol pemulihan Atlanta selepas dimusnahkan semasa Perang Saudara Amerika dan didapati pada jata bandar Atlanta. Kini, burung phoenix telah menjadi simbol bagi sukan untuk orang kurang upaya yang terkenal di Amerika.[4]
Remove ads
Temasya
Acara sukan
|
|
|
Acara demonstrasi:
- Racquetball
- Melayar (pingat diberi)
- Ragbi kerusi roda (pingat diberi)
Penyertaan
Jadual pingat
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan Luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads