Sukhoi Su-27

From Wikipedia, the free encyclopedia

Sukhoi Su-27
Remove ads

Sukhoi Su-27 (nama pengenalan NATOFlanker’) adalah sebuah jet pejuang yang asalnya dibina oleh Kesatuan Soviet, dan direka oleh Sukhoi Design Bureau. Ia bertujuan untuk menandingi pesaingnya dari Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang generasi baru A.S (yang mana menghasilkan pesawat F-14 Tomcat, F-15 Eagle, F-16 Fighting Falcon, dan F/A-18 Hornet), yang mampu beroperasi pada jarak jauh, dilengkapi dengan persenjataan berat dan mempunyai kelincahan yang tinggi. Su-27 bukan sahaja melaksanakan misi-misi penguasaan udara, tetapi juga boleh melakukan hamper kesemua operasi pertempuran. Pesaing terdekatnya adalah F-15 Eagle.

Fakta Segera Su-27, Peranan ...
Thumb
T-10 di hadapan Mil Mi-12.

Berdasarkan rekabentuk Su-27, terhasilnya beberapa hasil pembangunan. Su-33 ‘Flanker-D’ adalah sebuah Pemintas Pertahanan Angkatan yang dibangun daripada rekabentuk Su-27 bagi digunakan di atas kapal pengangkut pesawat. Perbezaan utamanya termasuk pencangkuk ekor dan sirip hadapan. Su-30 pula merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, dua tempat duduk yang sesuai dalam semua keadaan cuaca. Versi-versi lain termasuklah versi serangan Su-34 ‘Fullback’ dan pejuang pertahanan udara yang ditingkat upaya Su-35 ‘Flanker-E’.

Remove ads

Pembangunan

Latar belakang

Pada 1969, Kesatuan Soviet mendapat tahu Tentera Udara Amerika Syarikat telah memilih McDonnell Douglas bagi mengeluarkan rekabentuk pejuang eksperimen (yang kemudian menjadi F-15 Eagle). Sebagai tindak balas terhadap ancaman ini, Soviet mewujudkan program PFI (Perspektivnyi Frontovoy Istrebitel, Pejuang Garis Hadapan Termaju) untuk membina pesawat yang setanding pesawat pejuang baru A.S dalam terma-termanya sendiri.

Apabila spesifikasi yang dimahukan terlalu mencabar dan mahal untuk sebuah pesawat dalam jumlah yang diperlukan, spesifikasi PFI dipecahkan kepada dua: LPFI (Lyogkyi PFI, PFI Ringan) dan TPFI (Tyazholyi PFI, PFI Berat). Program PFI Ringan kemudian menghasilkan pesawat Mikoyan MiG-29, sebuah pesawat pejuang taktikal jarak dekat, sementara program PFI Berat telah ditugaskan kepada Sukhoi OKB, yang mana kemudian menghasilkan Su-27 dan pelbagai terbitannya. Program PFI Berat menyerupai program program F-X Amerika Syarikat, yang mana menghasilkan F-15 Eagle, sementara program PFI Ringan menyerupai program LWF, yang mana melahirkan pesawat F-16 Fighting Falcon dan Northrop YF-17, kemudian dibangunkan menjadi F/A-18 Hornet.

Remove ads

Spesifikasi (Su-27)

Thumb

Data dari KNAAPO Su-27SKM page,[1] Sukhoi Su-27SK page,[2] Gordon and Davison[3]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 21.9 m (72 kaki)
  • Rentang sayap: 14.7 m (48 kaki 3 in)

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: Mach 2.35 (2,500 km/j, 1,550 bsj) di altitud
  • Jarak: 3,530 km (2,070 batu) at altitude; (1,340 km / 800 batu pada aras laut)
  • Lelangit khidmat 18,500 m (60,700 kaki)
  • Kadar kenaikan: 325 m/s (64,000 kaki/min)
  • Beban sayap: 371 kg/m² (76 lb/kaki²')
  • Tujahan/berat: 1.09
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads