Sultan Abdullah Mukarram Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah ialah Sultan Kedah ke-20. Baginda merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah dan permaisuri ketiganya. Pada 7 April 1760, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja bergelar Sultan Abdullah.

Fakta Segera Almarhum Sultan Abdullah Mukarram Shah عبد الله مكرم شاه‎, ke-20 ...
Remove ads

Pemerintahan

Pada bulan Mac 1771, tentera Bugis telah menyerang Kota Kuala Kedah. Baginda telah bermuafakat dengan jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota di Kuala Bahang. Pada 25 Mei 1771, Kota Kuala Bahang mula dibina oleh tukang-tukang dari India dan dipetakan oleh Dato' Maharaja Kadi. Pada 23 September 1778, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-20 dan bersemayam di Kota Setar.

Pada tahun 1780, setelah Kota Kuala Bahang siap, maka ramailah pedagang memasuki kota itu.

Pada bulan April 1791, baginda telah memajak Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili Francis Light sebanyak $6000 setiap tahun.

Pada 2 September 1797, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Remove ads

Keluarga

Sultan Abdullah mempunyai beberapa orang isteri iaitu:[1]

  • Wan Meh (Permaisuri)
  • Wan Mas (Permaisuri)
    • Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Bisnu, Tunku Putera
    • 6 orang puteri
  • Cik Bonda (Gundik)
    • Putera - Tunku Ibrahim, Tunku Sulaiman, Tunku Kuso
    • 1 orang puteri
  • Cik Mas (Gundik)
    • Putera - Tunku Daud
  • Cendera Sari (Gundik)
    • Putera - Tunku Embun, Tunku Muhammad
    • 2 orng puteri
  • Cik Bida' Sari (Gundik)
    • 2 orang puteri
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads