Sultan Brunei
Raja pemerintah Brunei Darussalam From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Sultan Brunei ialah ketua negara beraja Brunei dan ketua kerajaan dengan jawatan sebagai perdana menteri Brunei.[1]
Sejak kemerdekaan daripada British pada 1984, hanya seorang sultan menaiki takhta, walaupun institusi diraja bermula sejak abad ke-14.[2] Sultan Brunei boleh dianggap bersamaan dengan Kerabat Bolkiah, dengan leluhurnya telah dijejak dari sultan pertama, Sultan Muhammad Shah, kecuali terganggu seketika dengan kemahkotaan sultan ke-13, Sultan Abdul Hakkul Mubin, yang kemudiannya digulingkan kembali oleh Bolkiah. Gelaran rasmi Sultan Brunei ialah Sultan dan Yang di-Pertuan Negara | Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. [1]
Remove ads
Senarai Sultan Brunei
Penerbangan Baginda
Baginda mempunyai armada peribadi pesawat VIP sejak 1979.[3] terdiri daripada Boeing 747-8(V8-BKH) Boeing 767-200 (V8-MHB) dan Boeing 787-8 (V8-OAS),[4] serta helikopter seperti Sikorsky S70 dan S76.
Armada pesawat bukan sebahagian daripada Tentera Udara negara. Selain daripada 747-8, dua lagi pesawat menggunakan warna Royal Brunei Airlines.
Ketidakpastian
Catatan sejarah terawal Sultan Brunei tidak diketahui dengan jelas kerana dokumentasi awal sejarah Brunei yang lemah. Di samping itu terdapat usaha untuk mengislamkan sejarah, dengan "sejarah rasmi" tidak sepadan dengan sumber asing yang boleh disahkan.[5] Batu Tarsilah - rekod salasilah raja-raja Brunei - tidak dimulakan sehingga 1807. Oleh itu, banyak tafsiran sejarah bergantung kepada sumber dan lagenda Cina terdahulu. Nampaknya Kesultanan Brunei awal bergantung kepada sokongan orang Cina,[6][7][8] dan mungkin Sultan awal berasal dari Cina.[6] Tambahan pula, Sultan terawal mungkin telah mengamalkan agama Hindu, Buddha ataupun Animisme dengan nama awal menunjukkan asal usul ini.[5]
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
