Sultan Mansur, Kelantan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nama asal baginda ialah Long Mansor iaitu putera Long Ahmad dan merupakan adinda Long Kundor. Baginda menaiki takhta pada tahun 1891 dan memerintah sehingga tahun 1899.[1]

Fakta Segera Pemerintahan, Kemahkotaan ...

Di antara pembesar-pembesar negeri yang berpengaruh semasa pemerintahan baginda adalah:-

  • Datuk Maha Menteri Saad bin Ngah (Che Ha')
  • Datuk Sri Paduka Nik Yusof bin Nik Abdul Majid (Nik Soh bin Nik Jid)
  • Tok Hakim Kelantan, Syed Muhammad bin Syed Alwi[2]

Pembesar-pembesar ini dengan sokongan pengikut-pengikut mereka amat berpengaruh di dalam menentukan pewaris takhta. Keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan kerabat diraja yang tidak terpilih untuk menaiki takhta dan juga tidak mendapat sebarang jawatan di dalam kerajaan.[3]

Pada masa pemerintahan baginda, iaitu pada 1891, Dato' Bahaman telah melarikan diri ke Gua Musang (Ulu Kelantan).

Remove ads

Lihat juga

Rujukan

  • Shahril Talib (2003). History of Kelantan : 1890 - 1940. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9839961489.

Nota kaki

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads