Sultan Muhammad II Muazzam Shah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sultan Muhammad II Muazzam Shah ibni Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (1803 – 20 Julai 1841) ialah Sultan Riau-Lingga ke-2 dari tahun 1832 hingga tahun 1835. Disebabkan keuzuran, baginda menuruni takhta Kesultanan Riau-Lingga dan menyerahkan takhta tersebut kepada anakandanya, Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) pada tahun 1835. Namun, baginda memangku urusan pemerintahan negeri kerana Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah masih kecil lagi pada ketika itu.

Fakta Segera Pemerintahan, Didahului oleh ...
Remove ads

Pemulihan adat Kesultanan Johor Lama

Berbeza dengan ayahandanya, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang tunduk kepada kekuasaan Bugis sehingga memencilkan peranan Bendahara Johor, Sultan Muhammad II Muazzam Shah cuba untuk mengembalikan pemerintahan Kesultanan Johor Lama mengikut adat-istiadat Melayu. Ini boleh dibuktikan apabila baginda tidak segera melantik Yang Dipertuan Muda Riau yang baru selepas kemangkatan Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar. Bukan itu sahaja, baginda telah berangkat ke Johor untuk menziarahi makam raja-raja Melayu tidak lama selepas pertabalan baginda. Selepas itu, baginda telah berangkat ke Terengganu dan Pahang. Kemudian, baginda berangkat pulang dari Pahang ke Lingga dengan diiringi oleh Bendahara Johor, Bendahara Tun Ali dan orang-orang besar Pahang.

Baginda juga mengadakan istiadat di mana baginda bertitah untuk "menyerahkan negeri Lingga itu sekelian pemerintahan (kepada Bendahara), kerana begitu istiadatnya, apakala Dato’ Bendahara datang dari Pahang, Yang Dipertuan menyerahkanlah negerinya sekalian hukum". Istiadat tersebut dihadiri oleh semua pembesar dari semua wilayah yang dahulunya pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Johor Lama termasuk Johor dan Pahang. Ini membuktikan bahawa baginda masih dianggap sebagai Sultan Johor ke-17 dan Sultan Pahang ke-24 oleh para pembesar Melayu. Dalam istiadat tersebut, Bendahara Johor, Bendahara Tun Ali mendidik semula pembesar tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Islam dan politik juga dibincangkan dalam istiadat tersebut. Pertabalan Tengku Mahmud (kemudian Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai Tengku Besar (pewaris takhta) dan Tun Mutahir (kemudian Bendahara Tun Mutahir) sebagai Bendahara Muda (pewaris Bendahara Johor dan Raja Bendahara Pahang) turut dijalankan dalam istiadat itu.

Remove ads

Mangkat

Sultan Muhammad II Muazzam Shah mangkat di Keraton, Daik, Lingga dan dimakamkan di Bukit Cengkeh di Daik, Lingga pada 20 Julai 1841.

Lihat juga

Rujukan

  • (Tun) Suzana (Tun) Othman (2007). Perang Bendahara Pahang 1857–63. Karisma Publications. ISBN 978-983-195-282-5.
  • Suzana Haji Othman (2018). Sejarah Pergolakan dan Pergelutan Bendahara Johor-Pahang 1613-1863. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834611538.

Pautan luar

Maklumat lanjut Gelaran pemerintah ...
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads