Tunku Puan Nora

Sultanah Johor From Wikipedia, the free encyclopedia

Tunku Puan Nora
Remove ads

Tunku Puan Nora Ismail (Jawi: تونكو ڤوان نورا اسماعيل), dahulunya dikenali sebagai Sultanah Nora (lahir Tengku Nora binti Tengku Ahmad; 10 Oktober 1937) merupakan Sultanah Johor dari tahun 1978 hingga tahun 1981.

Fakta Segera Sultanah Johor ke-22, Pemerintahan ...

Baginda adalah paduka kekanda kepada Tunku Puan Zanariah yang juga merupakan Sultanah Johor dari tahun 1981 hingga tahun 2010.[1]

Baginda juga merupakan paduka anakanda kepada YBM Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar ibni Sultan Muhammad II dari Kelantan.

Pada tahun 2011, Sultanah Nora dikurniakan gelaran Tunku Puan Nora Ismail manakala Sultanah Zanariah bergelar Tunku Puan Zanariah Iskandar sebagai satu tradisi dalam Kerabat DiRaja Johor apabila Permaisuri baharu dimasyhurkan.[2][3]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Tengku Nora diputerakan pada 10 Oktober 1937 di Istana Dusun Green, Pasir Mas, Kelantan. Baginda ialah paduka puteri yang keenam kepada Tengku Panglima Raja Tengku Long Ahmad bin Tengku Temenggong Tengku Abdul Ghaffar dan Che Puan Fatimah binti Dato' Abdul Hamid daripada sembilan orang adik-beradik. Paduka adindanya, Tengku Zanariah ialah suri kepada Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail. Tengku Nora telah mendapat pendidikan awal di Pasir Mas English School dan Sekolah Zainab di Kota Bharu, Kelantan. Selepas itu, baginda bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur selama tiga tahun. Kemudian, baginda melanjutkan pelajaran di Southend-on-Sea College di England dalam bidang kesusasteraan, sains sosial, and sains rumah tangga. Pada masa lapang, baginda gemar berkebun, bersenam, bermain golf, dan mengikuti kelas keagamaan.[4]

Remove ads

Perkahwinan

Baginda telah berkahwin dengan Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada tahun 13 November 1977 sebagai isteri keduanya selepas kemangkatan isteri pertama suaminya Sultanah Aminah pada 14 September 1977.

Kemahkotaan

Baginda telah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor sempena Hari Keputeraan Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang ke-84 pada 28 Oktober 1978 di Istana Besar Johor.

Eponim

Darjah kebesaran

Kurniaan Johor

Kurniaan Kelantan

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads