Sun NXT

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sun NXT (dibaca sebagai "Sun Next") [1] ialah sebuah perkhidmatan penstriman atas talian berasaskan langganan dari India yang dikendaikan oleh Sun TV Network. beribu pejabat di Chennai dan dilancarkan pada Jun 2017. Ia menawarkan kandungan dalam enam bahasa - Tamil, Telugu, Malayalam, Kannada, Bengali, Marathi dan Hindi . Apl Sun NXT tersedia untuk peranti Android dan iOS, TV Pintar serta peranti lain.

Fakta Segera Sun NXT சன் நெக்ட்ஸ், Maklumat umum ...
Remove ads

Sejarah

Sun NXT telah dilancarkan pada bulan Jun 2017. Dalam tempoh empat hari selepas pelancarannya, aplikasi tersebut telah mencampai 1.1 juta muat turun. [2] Menjelang November, jumlah itu meningkat pada kira-kira tujuh juta. [3] Menjelang Ogos 2019, Sun TV Network telah merancang untuk melabur ₹150 crore dalam tempoh 18 bulan. [4] [5] Menjelang Februari 2020, jumlah pelanggan platform ini meningkat kepada kira-kira 15 juta pengguna dan mula mencatatkan keuntungan. [5]

Remove ads

Rancangan dan Kandungan

Pada waktu pelancaran, platform ini mempunyai lebih 4000 filem, membolehkan penstriman langsung lebih 40 saluran televisyen serta siran semula TV dalam empat bahasa. [6] [2] Kandungan yang tersedia selain daripada TV dan filem ialah berita, klip komedi, kandungan asal (Orginals) dan muzik. [7] Sehingga Februari 2020, ia mempunyai lebih daripada 410 rancangan dan lebih daripada 4100 filem. [8]

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads