Sweet Charity
Kumpulan rock Singapura From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kumpulan Sweet Charity ialah sebuah kumpulan muzik rock yang mula ditubuhkan di Singapura pada awal 70an oleh anggota asalnya iaitu Ramli Sarip (Vokal), Rosli Mohalim (Lewat 70-an Gitar) Joe Salim (Gitar), Wahid Warren (Bes), dan Rahman Sarbani (Dram).
Sweet Charity banyak mengadakan jerayawara di pesta ria di seluruh Singapura dalam tahun 70-an hingga 80-an. Sweet Charity jugalah yang mempopularkan muzik rock sehingga mereka dilabel sebagai Deep Purple dan Santana Singapura. Kebanyakan kumpulan rock generasi baru seperti Search, Lefthanded dan lain-lain yang seangkatan menjadikan lagu-lagu Sweet Charity sebagai lagu awal mereka sebelum meneroka jauh ke bidang muzik rock tanah air. Lagu-lagu seperti Kamelia, Teratai, Sejuta Wajah, Hilang Gelap Terbitlah Terang cukup memberikan kesan yang begitu mendalam terhadap industri rock yang baru menapak di rantau sini ketika itu. Sweet Charity menjadi masyhur di Nusantara melalui lagu Kamelia (lagu asal Ebiet G. Ade) yang telah diberi suntikan irama yang lebih 'keras' dengan suara nyaring dan serak basah Ramli Sarip. Sweet Charity juga terkenal dengan jerayawara mereka di seluruh negara pada 1985 bersama Kumpulan Blues Gang yang ditaja oleh pengeluar kasut North Star.[perlu rujukan]
Pada tahun 1986, Sweet Charity juga turut membintangi filem yang bertemakan cetak rompak iaitu filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani. Pada tahun yang sama, Ramli Sarip berpisah dengan kumpulan Sweet Charity lalu menukar haluan menjadi penyanyi solo dengan album solonya yang pertama - RAMLI SARIP yang popular dengan lagu Panah Beracun. Anggota-anggota yang lain masih meneruskan kumpulan Sweet Charity, sehingga lahirnya sebuah album dengan menampilkan seorang penyanyi wanita bernama Zaitun, yang berjudul 'Sweet Charity '88'. Walaupun mereka telah lama tidak bersatu, tetapi pada tahun 1996, mereka telah melakukan pertemuan semula atas nama Sweet Charity dengan yang paling masyhur sewaktu di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sweet Charity tampil dengan irama rock sejati tetapi masih mengekalkan unsur-unsur kemelayuan sebagai contoh seperti lagu Bulat-Bulat, Jangan Tunggu Lama-Lama, Zakiah.[perlu rujukan]
Remove ads
Ahli-ahli
Dari 1969 hingga awal 70-an
Dari awal 70-an hingga pertengahan 70-an
Dari pertengahan 70-an hingga lewat 70-an
Dari lewat 70-an hingga tahun 1981
Dari tahun 1981 hingga tahun 1982
Dari tahun 1982 hingga tahun 1983
Dari tahun 1983 hingga 1985
Dari tahun 1985 hingga 1986
Ahli-ahli yang pernah menyertai Sweet Charity selepas 1986
Dari tahun 2000 - sekarang[5]
Remove ads
Diskografi
Album Studio
- Sweet Charity (1979)
- Pelarian (1980)
- Sejuta Wajah (1981)
- Penunggu (1982)
- Batu (1983)
- Koleksi (1984)
- Berita Gempa (1985)
- Sweet Charity 88 (1988)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
