Syngman Rhee

From Wikipedia, the free encyclopedia

Syngman Rhee
Remove ads

Syngman Rhee (Korea: 리승만, disebut: [i.sɯŋ.man]; 18 April 1875 19 Julai 1965) ialah seorang negarawan Korea Selatan, satu-satunya Ketua Kerajaan Sementara Republik Korea serta Presiden negara tersebut yang pertama dari 1948 hingga 1960. Jawatannya sebagai Presiden Korea Selatan selama tiga penggal (Ogos 1948 hingga April 1960) begitu dipengaruhi oleh ketegangan yang berlaku di Semenanjung Korea akibat Perang Dingin.

Fakta Segera Presiden Korea Selatan Pertama, Naib Presiden ...

Rhee dianggap berfahaman anti-Komunis dan kapitalis yang kuat, dan beliau mengetuai Korea Selatan sewaktu berlangsungnya Perang Korea. Presiden berakhir dalam pengunduran diri berikutan tunjuk perasaan besar-besaran mengenai suatu pilihanraya yang begitu dipertikaikan. Beliau meninggal dalam pengasingan di Honolulu, Hawaii.

Remove ads

Kehidupan awal

Rhee dilahirkan pada bulan April 1875 di Provinsi Hwanghae, namun terdapat pertikaian mengenai hari lahirnya sama ada ia berlaku pada 18[2] mahupun 26 April.[3] Keluarganya berpindah ke Seoul ketika beliau berusia 2 tahun, di mana beliau mengambil pengajian ilmu Konfusianisme lama di sekolah-sekolah persendirian (seokdang).[4] Beliau kemudiannya meneruskan persekolahannya di sebuah sekolah mubaligh Methodist[3][5] bernama Sekolah Pai Chai (배재학당; 培材學堂) dari 1894 hingga 1895[2] di mana beliau mempelajari bahasa Inggeris serta ilmu-ilmu moden.

Beliau menjadi ketua penulis bagi akhbar harian pertama Korea[6] iaitu Maeil Sinmun (매일신문; 每日新聞), serta Hyeopseong-hoe Hoebo (협성회 회보; 協成會會報;"Risalah Kelab Hyeopseong").[4]

Rhee menjadi antara pelopor gerakan kemerdekaan Korea melalui persatuan-persatuan tertentu seperti Kelab Hyeopseong dan Kelab Kemerdekaan (독립협회; 獨立協會) dengan merancang tunjuk perasaan menentang rasuah serta pengaruh penjajahan Empayar-Empayar Jepun dan Rusia.[6]

Remove ads

Sebagai Presiden

Pada 20 Julai 1948, Rhee memenangi[3][5][7] pilihan raya umum yang diadakan di negara itu dengan 92.3% undian mengalahkan Kim Gu yang mendapat 6.7% undian.[8] Pada 15 Ogos, Republik Korea ditubuhkan secara rasminya di Korea Selatan[7] dengan Rhee dilantik sebagai presiden pertamanya.[2][4]

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads