Tasik Constance
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tasik Constance (Jerman: Bodensee) ialah sebuah tasik di Sungai Rhine di utara kaki banjaran Alp, dan terdiri tiga jasad air: Obersee atau Hulu Tasik Constance, Untersee atau Hilir Tasik Constance, dan bentangan bersambung sungai Rhine, dipanggil Seerhein. Jasad air terletak di dalam Lembangan Tasik Constance (Bodenseebecken), iaitu bahagian Daratan Depan Alp dan melalui tempat sungai Rhine mengalir.[2][3]
Tasik ini terletak di Jerman, Switzerland, dan Austria. Pesisirnya terletak di negeri-negeri Jerman Bavaria dan Baden-Württemberg, kanton-kanton Swiss St. Gallen, Thurgau, and Schaffhausen, dan negeri Austria Vorarlberg. Sungai Rhine mengalir ke sungai dari selatan, dengan aliran asalnya membentuk sempadan Austria-Switzerland, dan ada alir keluarnya di "Hulu Tasik" di mana — kecuali Schaffhausen — ia membentuk sempadan Jerman-Swiss sehingga bandar Basel.[4][5]
Bandar yang ramai penduduknya di tasik ini ialah Constance (Jerman: Konstanz), Friedrichshafen, Radolfzell am Bodensee, Bregenz, dan Lindau (Bodensee). Pulau terbesar ialah Reichenau di Hulu Tasik, dan Lindau dan Mainau di Hilir Tasik.
Remove ads
Lihat juga
- Portal Tasik Constance
- Überlingen mid-air collision
- Kelab Kapal Layar Württembergischer
- Lake Constance juga tajuk runut dari album The Millennium Bell Mike Oldfield
Nota dan rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads