Tasik ladam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tasik ladam
Remove ads

Tasik ladam merupakan sebuah jasad air berbentuk U yang terbentuk apabila segenting daripada batang utama sungai terputus, menghasilkan satu jasad air yang bebas. Ia dinamakan sedemikian kerana bentuk melengkungnya yang menyerupai ladam kuda.

Thumb
Pembentukan tasik ladam: Berlaku pemendakan di Sungai Nowitna, Alaska. Lama-kelamaan, dua bahagian sungai di segenting akan terpecah melalui tebing antara segenting tersebut serta membentuk satu laluan lurus. Satu tebing sungai terbentuk dan meninggalkan sebuah tasik ladam.
Remove ads

Geologi

Sebuah tasik ladam terbentuk apabila sungai membentuk segenting akibat hakisan tebing melalui tindakan hidraulik, lelasan dan kakisan. Lama-kelamaan, segenting menjadi sangat berkelok-kelok, dan leher segenting menjadi semakin sempit sehinggalah sungai dapat melalui segenting semasa banjir, memotong segenting tersebut dan membentuk tasik ladam.

Thumb
Lengkuk-lengkuk daripada laluan-laluan lama Sungai Songhua di timur laut China boleh dilihat dengan jelas melalui gambar satelit ini
Thumb
Tasik ladam dekat Hughes, Arkansas. Bonjolan di sempadan mencerminkan perubahan laluan sungai; apabila sungai berubah laluannya dan memotong laluan lama, sempadan kekal tidak berubah.
Remove ads

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads