Tentera Udara Diraja Arab Saudi

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tentera Udara Diraja Arab Saudi (Arab: القوات الجوية الملكية السعودية, Al Quwwat al Jawwiya al Malakhiah as Sa'udiya), merupakan cabang tentera udara bagi Angkatan Tentera Arab Saudi. Arab Saudi memiliki kuasa tempur udara ketiga terbesar selepas Tentera Udara Turki dan Tentera Udara Israel di Timur Tengah. Tentera Udara Diraja Arab Saudi telah bertukar dan membangun daripada sebuah pasukan tentera yang bersifat bertahan menjadi sebuah pasukan yang memiliki keupayaan serangan yang maju. Arab Saudi juga memiliki angkatan pesawat F-15 ketiga terbesar selepas Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun.

Fakta Segera Negara, Sebahagian daripada ...

Kekuatan tulang belakang pesawat Tentera Udara Diraja Arab Saudi kini didokong oleh pesawat Panavia Tornado dan Boeing F-15 Eagle. Pesawat Tornado dan pesawat-pesawat lain kebanyakannya diserahkan di bawah kontrak-kontrak Al Yamamah dengan British Aerospace (kini BAE Systems). Arab Sadi telah memesan pelbagai jenis persenjataan pada tahun 1990-an, termasuk peluru berpandu anti kapal Sea Eagle, bom panduan laser dan bom jatuhan bebas.

Remove ads

Inventori pesawat

Thumb
Eurofighter Typhoon
Thumb
sebuah Tornado F3 semasa Operasi Ribut Padang Pasir
Thumb
AH-64 Apache
Thumb
Boeing F-15S Eagle, pesawat pejuang-pemukul Tentera Udara Diraja Arab Saudi
Thumb
Juruterbang pesawat membetulkan topeng oksigen semada di dalam kokpit pesawat F-5 Tiger II sebelum melaksanakan misi latihan.
Thumb
British Aerospace Hawk

Pada 11 Ogos 2011, pihak Tentera Udara Diraja Arab Saudi menerima 24 buah Typhoon dari Tentera Udara Diraja (Pangkalan Udara Taif) Pada 12 Ogos 2009, UPI melaporkan Arab Saudi ingin meningkat upaya armada pesawat E-3 dan pesawat tangki minyak.[1]

Pada Oktober 2010, satu pembelian besar helikoper baru dilaporkan; Arab Saudi merancang untuk membeli helikopter dan bahagian-bahagian yang terdiri dari 72 buah UH-60M, 36 AH-6I, 36 AH-64D, 12 MD530. Permohonan ini belim lagi diluluskan.[2]

Pesawat tempur

Maklumat lanjut Pesawat, Asal ...
Remove ads

Nota

Lihat juga

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads