Terapi sel tunjang
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Terapi sel tunjang ialah suatu kaedah penggunaan sel tunjang untuk merawat atau mencegah penyakit atau keadaan.[1]
Pemindahan sumsum tulang merupakan kaedah yang paling banyak digunakan untuk tujuan terapi ini, namun beberapa terapi berasaskan darah tali pusat juga digunakan. Penyelidikan sedang giat dilakukan untuk membangunkan pelbagai sumber sel-sel tunjang ini, serta menggunakan rawatan untuk merawat penyakit neurodegeneratif dan penyakit biasa seperti diabetes, penyakit jantung, dan sebagainya.
Remove ads
Penyelidikan
Dorongan
Kajian terhadap sel tunjang giat dijalankan atas beberapa sebab, terutamanya molekul dan eksosom yang dilepaskan sel-sel tersebut demi mengusahakan suatu rawatan daripadanya.[2] Faktor larutan parakrin (paracrine soluble factors) rembesan sel tunjang yang dikenali sebagai sekretoma sel tunjang didapati sebagai mekanisme utama tumpuan kesan terapi berasaskan sel tunjang dalam merawat penyakit jenis-jenis degeneratif, autoimun serta keradangan.[3]
Sumber
Kebanyakan sel tunjang yang diperlukan untuk terapi penyembuhan diasingkan daripada sumsum tulang atau tisu adipos pesakit.[4][5]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads