Terlalu Istimewa

From Wikipedia, the free encyclopedia

Terlalu Istimewa
Remove ads

Terlalu Istimewa merupakan album Pertama hasil nukilan Adibah Noor yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh syarikat SONY-BMG Entertainment Sdn Bhd dan Adibah Noor Entertainment.

Fakta Segera Album studio oleh Adibah Noor, Dilancarkan pada ...

Terlalu Istimewa ialah tajuk lagu dendangan Adibah Noor yang digubah Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis Adibah sendiri. Lagu ini disertakan dalam album sulung Adibah yang sama tajuknya. Lagu ini diilhamkan daripada kes Nurul Huda Abdul Ghani, seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol dan dibunuh dalam satu kes jenayah yang dihebohkan pada awal tahun 2004.[1] Lagu ini diterbitkan oleh Azlan Abu Hassan, dan pemuzik-pemuzik yang terlibat termasuklah Azlan Abu Hassan (keyboards), Eddie Marzuki (gitar/bass) dan Adibah Noor sendiri (suara latar). Lagu Terlalu Istimewa meraih beberapa anugerah muzik berprestij tempatan sepanjang tahun 2006, termasuk juara keseluruhan, juara kategori balada dan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-21 dan juara keseluruhan Hits 1 RTM.

Remove ads

Senarai runut

Maklumat lanjut #, Judul Lagu ...
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads