Terung pipit

From Wikipedia, the free encyclopedia

Terung pipit
Remove ads

Terung pipit, terung rembang atau terung manggul (nama saintifik: Solanum torvum) adalah sejenis tumbuhan jenis terung dalam genus Solanum keluarga Solanaceae.[2]

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...

Tumbuhan ini bertaburan asal di kawasan Antillen di kepulauan Caribbean tersebar di kawasan-kawasan tropika seluruh dunia. Ia ditanam untuk mendapatkan buahnya yang dimakan sebagai sayur.[3]

Remove ads

Peristilahan

Tumbuhan ini dikenali dengan beberapa nama setempat dalam rantau Nusantara:

Botani

Thumb
Daun pokok terung pipit yang bercabang banyak

Batangnya berkayu liat dan berdahan banyak. Hampir semua bagian tumbuhan ini berduri, kecuali hanya buah yang ditutupi bulu halus.[2] Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan berhujung tumpul;[2][4] terdapat juga duri pada urat daunnya dengan ukuran daun 7–20 cm panjang dan 4–18 sm lebar.[2]

Bunganya berjambak di hujung atau pangkal ranting yang tampak berwarna putih. Buah yang dihasilkan berupa beri.[4]

Remove ads

Pengunaan

Sebagai bahan makanan

Buah muda tumbuhan ini boleh dimakan mentah sebagai ulam sambal tumis mahupun dimasak celur, goreng, rebus atau kari.[2]

Masyarakat Mandailing atau Tapanuli biasanya menggunakan buah ini dalam campuran sayur daun ubi tumbuk.

Perubatan

Air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Daun-daun pokok ditumbuk lumat untuk melegakan sakit kebakaran. Akarnya yang ditumbuk lumat pula dapat mengubati retak kulit pada kaki serta melegakan sakit dan pendarahan pada kebengkakan. Bahkan seluruh bahagian tumbuhan ini dapat diperah cecairnya sebagai ubat mentawarkan bisa serangga dan ular.[2]

Tujuan lain

Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.[5]

Kandungan kimia

Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.

Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid terglikosilat yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi.[6][7] Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut ("gastrointestinal" berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).[8]

Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads