The Daily Show

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

The Daily Show ("Rancangan Harian") adalah sebuah program televisyen satira berformat berita lewat malam dari Amerika Syarikat dihasilkan Comedy Central; ia ditayangkan Isnin hingga Khamis di saluran tersebut. Rancangan ini memaparkan satira berdasarkan liputan berita mengenai isu semasa, tokoh politik dan media massa.[1]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Rancangan ini dilancarkan pada 22 Julai 1996 dengan pengacaraan Craig Kilborn (sebagai The Daily Show with Craig Kilborn) hingga 17 Disember 1998. Peranan Kilborn diambil alih Jon Stewart (sebagai The Daily Show with Jon Stewart) dari 11 Januari 1999 hingga 6 Ogos 2015 di mana rancangan ini semakin menumpu dari budaya popular kepada isu politik. Stewart digantikan pelawak Afrika Selatan Trevor Noah (sebagai The Daily Show with Trevor Noah) dari 28 September 2015 sehingga 8 Disember 2022.

Siri ini adalah program paling lama bersiaran di Comedy Central serta telah memenangi 24 Anugerah Emmy Primetime.[2] Ia turut menjadi inspirasi pencetusan banyak program televisyen satira berbentuk berita seumpamanya seluruh dunia dari Jerman dan Kanada sampai ke Mesir dan Israel.

Remove ads

Format

Setiap episod dimulakan dengan pengumuman oleh pengumum acara Drew Birns mengumumkan tarikh dan pengenalan rancangan.[3][4] Pengacara kemudian membuka rancangan dengan monolog ringkasan laporan berita dan isu semasa.

Segmen seterusnya menampilkan "koresponden-koresponden" baik di meja sendiri mahupun bersama pengacara ataupun di hadapan latar hijau menyampaikan peristiwa semasa secara melebih-lebih kepada pengacara yang menganggap ia disampaikan dengan serius; malah ada juga koresponden yang pergi ke lokasi yang berbeza untuk membuat "laporan" melalui wawancara dengan orang yang berkaitan dengan isu yang diketengahkan.

Segmen terakhir melibatkan temu ramah dengan tetamu selebriti yang datang dari pelbagai bidang termasuk pelakon, pemuzik, pengarang, atlet, pakar, pakar polisi dan tokoh politik.[5] Hal ini menguat semasa tempoh pengacaraan Jon Stewart yang menumpukan kepada pengarang bukan cereka dan pakar politik, serta banyak pegawai terpilih yang terkenal.[6] terutamanya semasa liputan berlangsungnya pilihan raya presiden di Amerika Syarikat.[7][8]

Remove ads

Barisan pelapor

Koresponden-koresponden (correspondents) rancangan ini mempunyai dua peranan utama: sebagai "pakar" yang ditemuramah oleh pengacara mengenai isu-isu tertentu, atau sebagai pengacara kecil melibatkan pelaporan di padang yang sering kali melibatkan komentar dan wawancara lucu yang berkaitan dengan isu semasa. Barisan "koresponden" terkini merangkumi Ronny Chieng, Michael Kosta, Desi Lydic, Dulcé Sloan, Roy Wood Jr. dan Jaboukie Young-White.[9]

Terdapat juga penyumbang (contributor) yang muncul tidak kerap, selalunya dengan segmen atau topik berulang yang unik; berisan terkini termasuk Lewis Black, Neal Brennan dan Gina Yashere [10]

Pengacara undangan

  • Samantha Bee dan Jason Jones, 1 episod (7 Oktober 2014)
  • Steve Carell, 7 episod (21 Februari 2001, 27-29 Mac 2001, 2 & 4 April 2001, dan 1 Mei 2001)
  • Stephen Colbert, 11 episod (24 Januari 2001, 20 & 22 Februari 2001, 26–27 Mac 2001, 3 & 5 April 2001, 2–3 Mei 2001, 6 Mac 2003, dan 6 Julai 2004 )
  • Rob Corddry, 1 episod (9 Februari 2006)
  • Vance DeGeneres, 2 episod (26-27 Februari 2001)
  • Jordan Klepper, 1 episod (20 Oktober 2016)
  • John Oliver, 33 episod (10 Jun 2013 hingga 15 Ogos 2013, dan 13 November 2014)
  • Mo Rocca, 1 episod (27 Februari 2001)
  • Nancy Walls, 2 episod (21 Februari 2001, dan 29 Mac 2001)
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads