The Silence of the Lambs (filem)

From Wikipedia, the free encyclopedia

The Silence of the Lambs (filem)
Remove ads

The Silence of the Lambs ialah sebuah filem thriller dan psikologi seram Amerika Syarikat tahun 1991 diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Ia adalah berdasarkan novel tahun 1988 oleh Thomas Harris dengan nama yang sama. Di dalam filem ini, Clarice Starling, seorang pelatih muda FBI meminta nasihat daripada Dr. Lecter yang dipenjara untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Buffalo Bill".

Fakta Segera Pengarah, Lakon layar ...

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $272.7 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $19 juta. Ia merupakan filem ketiga selepas It Happened One Night dan One Flew Over the Cuckoo's Nest untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kesemua lima kategori utama: Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Ia juga merupakan pemenang Filem Terbaik pertama yang dianggap sebagai filem seram dan yang ketiga untuk dicalonkan dalam kategori itu selepas The Exorcist pada tahun 1973 dan Jaws pada tahun 1975.[3] Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 2011.[4]

Remove ads

Pelakon

  • Jodie Foster sebagai Clarice Starling
    • Masha Skorobogatov sebagai Clarice muda
  • Anthony Hopkins sebagai Dr. Hannibal Lecter
  • Scott Glenn sebagai Jack Crawford
  • Ted Levine sebagai Jame "Buffalo Bill" Gumb
  • Anthony Heald sebagai Dr. Frederick Chilton
  • Brooke Smith sebagai Catherine Martin
  • Diane Baker sebagai Senator A.S. Ruth Martin
  • Kasi Lemmons sebagai Ardelia Mapp
  • Frankie Faison sebagai Barney Matthews
  • Tracey Walter sebagai Lamar
  • Charles Napier sebagai Lt. Boyle
  • Danny Darst sebagai Sarjan Tate
  • Alex Coleman sebagai Sarjan Jim Pembry
  • Dan Butler sebagai Roden
  • Paul Lazar sebagai Pilcher
  • Ron Vawter sebagai Paul Krendler
  • Roger Corman sebagai Pengarah F.B.I. Hayden Burke
  • Chris Isaak sebagai Komander S.W.A.T.
  • Harry Northup sebagai En. Bimmel
  • Don Brockett sebagai teman sel dan "Rakan Pena"
Remove ads

Produksi

Pembangunan

The Silence of the Lambs adalah berdasarkan novel tahun 1988 dengan nama yang sama oleh Thomas Harris dan merupakan filem kedua untuk menampilkan karakter Hannibal Lecter selepas filem tahun 1986, Manhunter. Sebelum novel ini dikeluarkan, Orion Pictures bekerjasama dengan Gene Hackman untuk membawa novel ke skrin besar. Dengan Hackman dijadual mengarah dan kemungkinan membintangi sebagai Lecter, rundingan telah dibuat untuk membahagikan kos hak $500,000 diantara Hackman dan studio.[5] Selain mendapatkan hak untuk novel ini, penerbit juga perlu mendapatkan hak untuk nama "Hannibal Lecter" yang dimiliki oleh penerbit Manhunter, Dino De Laurentiis. Disebabkan kegagalan kewangan filem yang lebih sebelumnya, De Laurentiis meminjamkan hak karakter ini kepada Orion Pictures secara percuma.[6]

Pada bulan November 1987, Ted Tally dibawa masuk untuk menulis adaptasi;[7] Ketika Tally berada pada pertengahan draf pertama, Hackman menarik diri dari projek ini. Walau bagaimanapun, pengasas Orion Pictures, Mike Medavoy meyakinkan Tally untuk terus menulis manakala studio itu sendiri akan membiaya dan mencari pengganti pengarah.[8] Orion Pictures kemudiannya meminta Jonathan Demme untuk menerajui projek. Walaupun lakon layar belum selesai, Demme menyertai selepas membaca novel.[9]

Pemilihan pelakon

Jodie Foster berminat untuk melakonkan watak Clarice Starling selepas membaca novel. Walaupun Foster baru sahaja memenangi Anugerah Akademi untuk lakonannya dalam filem 1988, The Accused, Demme tidak berasa bahawa beliau sesuai untuk peranan tersebut.[10][11] Selepas sebelum ini bekerjasama dalam Married to the Mob, pilihan pertama Demme untuk watak Starling adalah Michelle Pfeiffer yang menolak tawaran ini.[12] Disebabkan itu, Foster diberi watak ini kerana minat beliau terhadap karakter tersebut.[13]

Untuk watak Dr. Hannibal Lecter, Demme pada asalnya mendekati Sean Connery. Selepas pelakon itu menolak tawaran, Anthony Hopkins ditawarkan peranan ini.[14] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Derek Jacobi dan Daniel Day-Lewis.[15] Scott Glenn dipilih untuk watak Jack Crawford, seorang ejen Unit Sains Tingkah Laku FBI di Quantico, Virginia.

Penggambaran

Fotografi utama untuk The Silence of the Lambs bermula pada 15 November 1989 dan selesai pada 1 Mac 1990.[16] Penggambaran mengambil tempat terutamanya di dan sekitar Pittsburgh, Pennsylvania dengan beberapa babak mengambil tempat di utara Virginia Barat.[17] Babak dalaman di rumah Buffalo Bill dirakam di Layton, Pennsylvania.[18] Bahagian dalam Western Center berdekatann Canonsburg, Pennsylvania berperanan sebagai latar untuk Hospital Negeri Baltimore.[19] FBI membenarkan babak untuk dirakam di Akademi FBI yang terletak di Quantico.[20][21]

Muzik

Skor muzik untuk The Silence of the Lambs dicipta oleh Howard Shore yang juga bekerjasama dengan Demme untuk Philadelphia. Direkodkan di Munich semasa musim panas tahun 1990, skor muzik ini dipersembahkan oleh Munich Symphony Orchestra.[22] Sebuah album runut bunyi dikeluarkan oleh MCA Records pada 5 Februari 1991.[23] Muzik daripada filem ini kemudiannya digunakan dalam trailer untuk filem sekuel, Hannibal.[24]

Remove ads

Tayangan

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $13,766,814 semasa minggu pembukaan. Mengatasi bajetnya sendiri selepas satu minggu, filem ini terbukti merupakan satu kejayaan besar box office. Ketika ia ditutup pada 10 Oktober 1991, filem ini mengutip $130,742,922 di peringkat domestik dengan jumlah kutipan terkumpul seluruh dunia sebanyak $272,742,922.[25] Filem ini merupakan filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 1991.[26]

Penerimaan kritis

The Silence of the Lambs adalah sebuah filem yang mencapai kejayaan tidak dijangka. Ia menerima kejayaan meluas dan pujian kritis.[27] Hopkins, Foster dan Levine menerima pujian meluas untuk lakonan mereka. Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 95% berdasarkan ulasan daripada 73 pengkritik filem dengan purata rating 8.5 daripada 10.[28] Laman web Metacritic memberikan filem ini skor 84 daripada 100, berdasarkan 17 ulasan daripada pengkritik utama, menunjukkan "penerimaan universal".[29]

Anugerah

Filem ini memenangi lima kategori utama di Anugerah Akademi: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Demme), Pelakon Lelaki Terbaik (Hopkins), Pelakon Wanita Terbaik (Foster) dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Ted Tally).[30] Ia juga dicalonkan untuk Adunan Bunyi Terbaik (Tom Fleischman dan Christopher Newman) dan Suntingan Filem Terbaik tetapi tewas kepada Terminator 2: Judgment Day dan JFK.[31] Pada tahun 1998, filem ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik dalam tempoh 100 tahun yang lepas oleh Institut Filem Amerika.[32]

Maklumat lanjut Anugerah, Kategori ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads