Tidur mikro

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Tidur mikro (microsleep) merupakan rasa tidur atau mengantuk yang boleh bertahan dari sependek sepecahan saat hingga selama 30 saat di mana seseorang individu gagal bertindak balas terhadap masukan deria yang lalu jadi tidak sedarkan diri[1][2] Perkara ini boleh berlaku hasil kekurangan tidur, tetapi ia juga dialami apabila melakukan kegiatan atau kerja yang berulang-ulang dan berterusan tanpa sebarang perubahan ketara langsung.[3]

Antara gejala yang boleh diperhatika pada mereka yang mengalami keadaan ini ialah:[2]

  • mata yang kelihatan kuyu;
  • kelopak yang separa tutup; serta,
  • rasa tersangguk-sangguk.

Kebanyakan rasa tidur mikro ini tidaklah tampak berat sangat, namun boleh mendatangkan bahaya jika individu yang mnegalaminya berada dalam keadaan yang memerlukan kepekaan yang konsisten dan berterusan seperti memandu kenderaan mahupun mengendalikan jentera berat. Orang yang mengalami tidur mikro ini sering tidak menyedari pengalaman tersebut, bahkan mempercayai sendiri bahawa mereka berada dalam keadaan terjaga sepanjang masa.[4]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads