Tim Borowski

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tim Borowski
Remove ads

Tim Borowski (lahir 2 Mei 1980) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi pemain tengah. Beliau kini bekerja sebagai direktor sukan pasukan bawah-23 Werder Bremen.

Fakta Segera Maklumat peribadi, Nama penuh ...

Borowski bermain 33 kali untuk pasukan kebangsaan Jerman dan mewakili negaranya ke Piala Dunia 2006 dan Euro 2008.

Remove ads

Kerjaya kelab

Werder Bremen

Tim Borowski memulakan kerjayanya di kampung halamannya, 1. FC Neubrandenburg 04. Beliau kemudian diikat oleh SV Werder Bremen pada usia 16 thaun. Beliau menghabiskna dua musim penuhnya dengan pasukan kedua Werder Bremen.

Borowski membuat debut untuk Werder pada 26 Ogos 2000 pada perlawanan tewas 1-0 kepada VfL Wolfsburg pada perlawanan DFB-Pokal. Beliau kemudian memasuki skuad utama pada musim berikutnya.

Borowski bermain 25 perlawanan dan menjaringkan satu gol pada musim 2003-04 untuk memenangi kejuaraan liga buat kali keempat kelab. Ia merupakan buat kali pertama sejak 11 tahun. Beliau menjaringkna sepuluh gol dan membuat 11 hantaran pada musim 2005-06, lalu membantu kelabnya ke kedudukan kedua dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim berikutnya. Beliau juga menjaringkan gol pada perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang Juventus, 3-2.

Bayern Munich

Borowski sertai kelab FC Bayern Munich pada musim panas 2008 secara percuma. Beliau menamatkan musim pertamanya di Bayern dengan 35 kemunculan tetapi tidak banyak muncul dalam kesebelasan utama kelab.

Kembali ke Werder

Borowski kembali ke Werder Bremen pada 22 Julai 2009 dan menandatangani kontrak tiga tahun. Selepas tampil dalam 13 perlawanan liga, beliau mengumumkan persaraan daripada bola sepak sejurus selepas mengalami kecederaan ketika beliau berusia 32 tahun.

Remove ads

Kerjaya antarabangsa

Thumb
Borowski di Piala Dunia 2006

Borowski membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 21 Ogos 2002 pada perlawanan persahabatan menentang Bulgaria, seri 2-2. Beliau telah dipilih oleh Jürgen Klinsmann untuk Piala Dunia FIFA 2006 di tanah air.

Borowski membuat hantaran cantik kepada Miroslav Klose untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada perlawanan suku akhir bertemu Argentina. Kedua-dua pasukan kemudian melalui penentuan penalti lalu dimenangi Jerman, 4-2. Beliau kemudian bermain pada perlawanan berikutnya menentang Itali lalu beliau mengalami kecederaan dan menyaksikan Jerman tewas 2-0.

Borowski juga mengambil bahagian dalam Piala Konfederasi FIFA 2005 dan UEFA Euro 2008.

Remove ads

Penghargaan

Kelab

Werder Bremen
  • Bundesliga: 2003–04
  • DFB-Pokal: 2003–04
  • DFB-Ligapokal: 2006

Antarabangsa

Jerman

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads