Tindak balas eksotermik

From Wikipedia, the free encyclopedia

Tindak balas eksotermik
Remove ads

Dalam termokimia, suatu tindak balas eksotermik ialah, berdasarkan takrifan rasmi IUPAC: "tindak balas di mana perubahan entalpi piawai, ΔH⚬ adalah negatif."[1][2] Tindak-tindak balas eksotermik biasa melepaskan haba dan memggambarkan penggantian ikatan-ikatan kimia lemah dengan yang lebih kuat.[3][4] Istilah ini lazim dikelirukan dengan tindak balas eksergonik - "... satu tindak balas dengan perubahan tenaga Gibbs keseluruhan, ΔG, adalah negatif."[2] Satu tindak balas eksotermik juga biasanya eksergonik kerana ΔH⚬ ialah penyumbang besar terhadap nilai ΔG⚬. Tindak balas berlawanan ialah tindak balas endotermik yang biasanya menelan (menyerap) haba dan dipacu oleh kenaikan entropi dalam sistem.

Thumb
Tindak balas termit ialah contoh tindak balas eksotermik; penurunan ferum(III) oksida oleh aluminium melepaskan haba yang cukup untuk memperoleh besi lebur.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads