Toga
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Toga adalah sejenis pakaian yang khusus dipakai dalam kalangan masyarakat Rom Purba. Ia terdiri daripada sebidang kain berbentuk hampir separuh bulatan, biasanya ditenun dari bulu bebiri putih,[1] yang berjarak antara 12 dan 20 kaki (sekitar 3.7 dan 6.1 meter) dan disarung melepasi bahu dan membaluti sekeliling badan dialaskan tunik.

Toga dikatakan secara bersejarahnya dipakaikan Romulus, pengasas Rom; ia juga dianggap telah dipakai oleh kedua-dua jantina, dan oleh warganegara-tentera. Apabila wanita Rom secara beransur-ansur menerima stola, toga itu diakui sebagai pakaian rasmi untuk lelaki warganegara Rom;[2] wanita yang terlibat dalam kerja-kerja pelacuran mungkin dapat pengecualian utama kepada peraturan ini.[3] Pakaian ini menjadi dibanggakan dalam kalangan masyarakat ini sehingga ada penulis yang menggelarkan diri mereka sebagai gens togata ("bangsa bertoga").
Dengan berlanjutnya zaman-zaman seterusnya, kain toga lama-kelamaan dikembangkan semakin besar dan rumit penggayaan serta bertambah mahal sehingga menjadi tidak sesuai untuk pakaian harian melainkan dalam penggunaan rasmi dan upacara; ia secara beransur-ansur hilang daripada penggunaan, mula-mula di kalangan warga kelas bawah, dan kemudian kelas menengah sehingga akhirnya diganti oleh pallium dan paenula yang lebih praktikal pada abad ke-5.
Remove ads
Rupa
Kain toga dipakaikan secara dibalutkan mengelilingi badan tanpa menggunakan sebarang kancing; balutan-balutan ini memberat sebelah tangan kiri. Lebihan kain pada lapisan dalam boleh dikeluarkan membentuk suatu saku disebut sebagai umbo ("gumpalan"). Ada catatan dari penulis seperti Aulus Gelius yang menyatakan masyarakat Rom lebih awal memakai toga tanpa sebarang pakaian dalam.[4]
Sesetengah kain toga diwarnakan dengan suatu pewarna ungu yang diperolehi daripada beberapa jenis siput laut termasuk Bolinus brandaris, Hexaplex trunculus dan Stramonita haemastoma,[5][6] kos mahal yang diperlukan untuk membuat pewarna ini menjadikan kain berwarna ini sebagai suatu simbol status.
Remove ads
Jenis
Jenis toga yang dipakai mencerminkan pangkat warganegara dalam hierarki sivil. Pelbagai undang-undang dan adat mengehadkan penggunaannya kepada warganegara sahaja, yang dikehendaki memakainya untuk perayaan-perayaan awam dan tugas-tugas sivik.
- Toga virilis ("toga kejantanan"), toga alba ("toga putih") atau toga Pura: dipakai secara rasmi oleh warga kebanyakan dan Senat-Senat, ia diberi perlambangan kebebasan.[7]
- Toga praetexta: toga putih dengan dua jalur ungu, dipakai imperium dan anak-anak warga sebelum baligh (jalur-jalur ini menandakan perlindungan kerajaan ke atas mereka)[8][9] Anak lelaki yang baligh mula beralih memakai toga virilis maksudnya sudah dianggap bersedia menjalani tanggungjawab sebagai seorang dewasa termasuk berkeluarga.[10][11]
- Toga candida: toga diputihkan dengan kapur, dipakai para pegawai pemerintahan semasa berkhidmat.[12]
- Toga picta: toga diwarnakan ungu seluruh bahagian dengan sulaman benang emas, dipakai para konsul dan Maharaja.[13]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads
