Tom Kenny
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Thomas James Kenny (lahir 13 Julai 1962) ialah seorang pelakon dan pelawak Amerika yang terkenal dengan peranannya sebagai watak tajuk dalam siri TV dan filem, SpongeBob SquarePants dan media yang berkaitan pada tahun 1999. Kenny telah menyuarakan banyak watak lain, termasuk Heffer Wolfe dalam Rocko's Modern Life, Ice King dalam Adventure Time, dan sambungan Fionna and Cake, Narrator dan Datuk Bandar dalam The Powerpuff Girls, Carl Chryniszzswics dalam Johnny Bravo, Dog dalam CatDog, Starscream dalam Transformers: Animated, Hank and Jeremy dalam Talking Tom and Friends, The Penguin, dalam pelbagai media animasi berdasarkan DC Comics, dan Spyro (siri), dari siri permainan video Spyro. Karya langsungnya termasuk rancangan variasi komedi The Edge dan Mr.Show. Penghargaan Kenny termasuk dua Daytime Emmy Rewards, dan dua Annie Awards untuk kerja suara beliau sebagai SpongeBob SquarePants dan Ice King. Dia telah berkahwin dengan Jill Talley, yang melakonan Karen dalam SpongeBob SquarePants, dengan dua orang anak.
Kenny telah menyuarakan banyak watak lain termasuk Heffer Wolfe dalam Rocko's Modern Life (1993–1996), Ice King dalam Adventure Time (2010–2018), Datuk Bandar dalam The Powerpuff Girls (1998–2005), Anjing dalam CatDog (1998–2005), dan Spyro dari francais Spyro the Dragon (1999-2002). Selain itu, Karya-karya beliau termasuklah komedi The Edge (1992–1993) dan Mr. Show (1995–1998).
Kenny telah memenangi dua Anugerah Annie untuk memainkan suara sebagai SpongeBob SquarePants dan Ice King.
Remove ads
Kehidupan peribadi
Kenny mula-mula bertemu dengan isterinya Jill Talley pada tahun 1992 semasa bekerja untuk The Edge. Mereka juga pernah berkolaborasi dalam rancangan HBO, Mr. Show dan SpongeBob SquarePants, mereka juga muncul dalam video muzik untuk "Tonight, Tonight" oleh The Smashing Pumpkins. Mereka mempunyai dua orang anak, Mack (lahir sekitar 1997) dan Nora (lahir Ogos 2003).[1]
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Filemografi
- Spongebob Squarepants (1999-sekarang)
- The Powerpuff Girls Movie (2002)
- The SpongeBob SquarePants Movie (2004)
- The Ant Bully (2006)
- Meet the Robinsons (2007)
- Transformers: Revenge of the Fallen (2009)
- Winnie the Pooh (2011)
- Transformers: Dark of the Moon (2011)
- Hotel Transylvania (2012)
- Zambezia (2012)
- The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water (2015)
- Ant-Man (2015)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads