Tramlink
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tramlink (atau nama perkhidmatan asalnya dan seringkali dirujuk sebagai Croydon Tramlink) ialah sebuah sistem pengangkutan trem di kawasan selatan London. Perkhidmatan ini dimulakan pada Mei 2000. London Tramlink, sebahagian daripada Transport for London (TfL), merupakan syarikat pengendali perkhidmatan ini.[1]
Perkhidmatan Tramlink menyediakan sambungan kepada tujuh buah stesen National Rail tetapi hanya satu sambungan dengan London Underground (iaitu di stesen Wimbledon) dan London Overground (stesen West Croydon).
Laluan Tramlink meliputi gabungan landasan aras jalan (berkongsi dengan aliran trafik), landasan tersendiri di laluan awam, dan juga landasan-landasan yang didirikan pada bekas-bekas landasan kereta api terdahulu.
Remove ads
Laluan perkhidmatan
Dalam peta London Underground, perkhidmatan Tramlink tidak ditunjukkan, tetapi dipaparkan dalam peta-peta perkhidmatan lain seperti peta perkhidmatan kereta api dengan kemudahan kad Oyster. Perkhidmatan awal Tramlink hanya meliputi Aliran 1 iaitu dari Wimbledon ke Elmers End, Aliran 2 iaitu dari Croydon ke Beckenham Junction dan Aliran 3 iaitu dari Croydon ke New Addington.[2] Pada 23 Julai 2006, perkhidmatan ini disusun semula. Aliran 1 dijadikan perkhidmatan dari Elmers End ke Croydon, manakala Aliran 2 menyediakan perkhidmatan dari Beckhenham Junction ke Croydon, dan perkhidmatan dari New Addington ke Wimbledon. Kekerapan Aliran 1 dan 2 ialah setiap 10 minit sekali pada siang hari minggu, manakala pada waktu-waktu lain kekerapan perkhidmatan ialah 30 minit sekali. Manakala Aliran 3 menyediakan kekerapan perkhidmatan kira-kira setiap 7.5 minit sekali pada siang hari minggu dan pada waktu-waktu lain perkhidmatan disediakan setiap 15 minit sekali.
Apabila perkhidmatan ini diambil alih oleh TfL, senggang kekerapan semua perkhidmatan ialah maksimum 15 minit ketika dalam operasi.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads


