Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Agong Malaysia pertama / Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8 From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Jawi: توانكو عبدالرحمن ابن المرحوم توانكو محمد; 24 Ogos 1895 – 1 April 1960) ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).
Baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960.
Remove ads
Riwayat hidup رواية هيدوڤ
Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga tahun 1914.

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban. Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda. Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain di Negeri Sembilan.
Seterusnya baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.
Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk menziarahi Raja George V.
Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda. Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul Rahman.
Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun yang pertama, baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik sebagai Pegawai Daerah.
Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-9. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Tuanku Ja’afar ialah putera kedua manakala Tunku Abdullah ialah putera ketiga.
Baginda juga sangat meminati bidang sukan. Antaranya sukan kriket, bola sepak dan tenis. Walau bagaimanapun, sukan yang paling digemari baginda ialah sukan tinju. Malahan, pada zaman mudanya baginda gemar menyarungkan sarung tangan tinju dan bertinju dengan putera-putera baginda.
Remove ads
Yang di-Pertuan Besar (1933 - 1957) يڠ دڤرتوان بسر
Pada tahun 1933, D.Y.M.M. Tuanku Muhammad mangkat. Tuanku Abdul Rahman terus ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Ketika itu baginda merupakan seorang peguam bela dan dengan yang demikian baginda merupakan satu-satunya Raja Melayu yang mempunyai kelayakan sebagai peguam bela dan peguam cara.
Yang di-Pertuan Agong (1957 - 1960) يڠ دڤرتوان اڬوڠ
Pada tahun 1957, baginda dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Yang di-Pertuan Agong yang pertama bagi Tanah Melayu dan ditabalkan pada 13 September 1957. Baginda memerintah Negeri Sembilan selama 24 tahun sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang Pertama. Baginda bersama Raja Permaisuri Agong telah berangkat mencemar duli melawat Brunei selama seminggu pada tahun 1959.
Anakanda انقندا
Remove ads
Kemangkatan dan pewarisan takhta كمڠكتن دان ڤواريثن تخت
Tuanku Abdul Rahman mangkat ketika beradu di Istana Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi 1 April 1960. Kemangkatan Seri Paduka Baginda telah diumumkan ke seluruh negara oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra. Kali terakhir baginda memperlihatkan diri di khayalak ramai, adalah pada 30 Mac, apabila baginda merasmikan pembukaan peraduan ke-2 bola sepak merebut piala junior Asia di Stadium Merdeka.
Istiadat kemangkatan diadakan di Dewan Perjamuan Istana Negara. Pada 2 April 1960, perarakan mengiringi jenazah baginda telah diadakan di Kuala Lumpur, di mana keranda jati baginda kemudian dibawa oleh kereta api ke Seremban dan kemudian dengan kereta api ke Istana Besar, Seri Menanti. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 5 April 1960.[1]
Dengan kemangkatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, maka Sultan Selangor iaitu Sultan Hisamuddin Alam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah diisytiharkan untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong sehinggalah seorang Yang di-Pertuan Agong yang baharu dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Manakala Tuanku Munawir pula telah diangkat sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Remove ads
Legasi ليڬاسي

Gambar portret baginda masih lagi digunakan di atas wang kertas Ringgit Malaysia sejak siri pertama (tahun 1967) sehingga kini.
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
- 24 Ogos 1895 – 1922: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad.
- 1912 – 1 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
- 1 Ogos 1933 – 2 Ogos 1933: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Tunku Muda Serting.
- 2 Ogos 1933 – 31 Ogos 1957: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
- 31 Ogos 1957 – 1 April 1960: Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu.
Remove ads
Kurniaan كورنياءن
Kurniaan negara كورنياءن نڬارا
Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN, 31.8.1958)
Seri Maharaja Mangku Negara (SMN)[2]
Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ
Brunei: Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (DK, 23.4.1959)
United Kingdom:
- Knight Commander of the Order of St Michael and St George (KCMG, 1934)
- Jubli Perak Raja George V (1935)
- Pingat Kemahkotaan Raja George VI (1937)
- Pingat Kemahkotaan Ratu Elizabeth II (1953)
- Knight Grand Cross of the Order of St Michael and St George (GCMG, 1957)
Remove ads
Keturunan كتورونن
Lihat juga ليهت جوݢ
Rujukan رجوكن
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads