Tumblr
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Tumblr, diolah dalam gaya sebagai tumblr., merupakan platform microblogging dan laman rangkaian sosial yang dimiliki dan dikendalikan oleh Tumblr, Inc. Servisnya membenarkan para pengguna untuk memaparkan multimedia dan kandungan yang lain kepada blog yang pendek. Pengguna juga boleh mengikuti blog kendalian pengguna lain dan juga menjadikan blog mereka berbentuk persendirian.[4][5] Terdapat pelbagai lagi ciri-ciri laman yang boleh dicapai melalui ruang hubung kait "dashboard", di mana pilihan untuk memaparkan kandungan dan kandungan yang dipaparkan oleh pengguna lain yang diikuti tersedia.
Pada 13 Oktober 2012, Tumblr mempunyai lebih daripada 77 juta blog.[2] Menurut comScore, laman ini mencapai 13.4 juta pengunjung dari Amerika Syarikat sahaja pada Julai 2011 (mencapai 218%) dari Julai 2010.[6] Ibu pejabatnya terletak di Midtown Manhattan, Bandar New York.[2]
Remove ads
Sejarah

Tumblr telah dilancarkan pada 27 April 2007 oleh David Karp.[7] Marco Arment memainkan peranan sebagai pembangun utama walaupun beliau telah meninggalkan syarikat ini pada tahun 2010 untuk menumpukan perhatian kepada Instapaper.[8][9][10] Dalam linkungan dua minggu selepas pelancarannya, perkhidmatan ini telah menerima sebanyak 75,000 pengguna.[11]
Dengan pengambilalihan Tumblr pada tahun 2009 daripada Tumblerette, sebuah aplikasi App Store, Apple Inc. yang direka oleh Jeff Rock dan Garrett Ross, perkhidmatan tersebut telah dilancarkan sebagai aplikasi rasmi bagi iPhone.[12][13] Laman ini tersedia pada telefon pintar BlackBerry pada 17 April 2010 melalui aplikasi Mobelux di dalam BlackBerry App World. Pada Jun 2012, Tumblr telah mengeluarkan versi baru untuk aplikasi iOS, Tumblr 3.0 telah menyokong Spotify, imej resolusi tinggi dan akses luar talian.[14]
Pada awal Jun 2012, Tumblr telah memaparkan kempen pengiklanan jenama utama yang pertama terbesar dengan kerjasama Adidas. Adidas telah melancarkan sebuah blog rasmi Tumblr mengenai bola sepak dan membeli penempatan di papan pemuka pengguna. Pelancaran ini adalah hanya dua bulan selepas Tumblr mengumumkan ia akan bergerak ke arah pengiklanan berbayar di laman webnya.[15]
Pada Februari 2024, Automattic mengumumkan bahawa ia akan mula menjual data pengguna dari Tumblr dan WordPress.com kepada Midjourney dan OpenAI. Pengguna Tumblr secara lalai diikut serta, dengan pilihan untuk menarik diri.[16] Pada April 2025, Automattic mengumumkan pemberhentian kerja untuk 16% daripada tenaga kerjanya, mengurangkan sebahagian besar kakitangan Tumblr.[17]
Remove ads
Penggunaan
Pada 20 Ogos 2012, Tumblr telah mempunyai lebih daripada 69.4 juta blog dan lebih daripada 29.8 bilion jumlah paparan kandungan oleh pengguna.[2] Pada September 2011, laman web ini telah menerima lebih daripada 13 bilion pemerhati setiap bulan.[18] Pada Julai 2010, laman web ini menerima 25,000 pengguna baru setiap hari[19] dan pada Julai 2012, 71.6 juta paparan kandungan oleh pengguna telah dicipta pada laman tersebut setiap hari.[1] Sebuah analisis telah dijalankan oleh AddThis telah menyatakan bahawa melalui perkhidmatannya pada tahun 2011, perkongsian saham Tumblr telah meningkat sebanyak 1299.5%.[20] Sehingga Mei 2019, Tumblr telah mengehoskan lebih 465 juta blog dan lebih 172 bilion siaran secara keseluruhan[2] dengan lebih 21 juta siaran dicipta di laman tersebut setiap hari.[1]
Perkhidmatannya ini adalah yang paling terkenal dalam kalangan segmen remaja dan penuntut di kolej dengan separuh daripada pelawat Tumblr berumur bawah 25 tahun.[21] Pada tahun 2009, Tumblr telah mencapai kadar tahanan sebanyak 85%,[22] jika dibandingkan dengan Twitter sebanyak 40%.[23]
Remove ads
Kewangan
Pembiayaan asal Tumblr datangnya daripada pendapatan Karp sebagai seorang perunding perisian di laman web keibubapaan UrbanBaby. Tumblr telah menambah pembiayaannya daripada Union Square Ventures, Spark Capital, Martín Varsavsky, John Borthwick (Betaworks), Fred Seibert dan Sequoia Capital (di kalangan pelabur-pelabur lain).[24][25] Tumblr telah berkongsi dua pelabur utama bersama Twitter. Presiden dan COO, John Maloney merupakan pengasas UrbanBaby bersama isterinya, Susan Maloney.
Syarikat ini mempunyai penilaian sebanyak $800 juta pada Ogos 2011.[26] Pada September 2011, syarikat ini mencapai $85 juta dalam pusingan pembiayaan yang diketuai oleh Greylock Partners dan Insight Venture Partners.[27]
Pengiktirafan
- Pada Ogos 2009, CEO Tumblr, David Karp telah dinamakan sebagai "Best Young Tech Entrepreneur 2009" oleh BusinessWeek.[24]
- Pada Ogos 2010, Tumblr telah dinamakan sebagai peserta akhir dalam Lead411, New York City Hot 125.[28]
- Selebriti yang menggunakan Tumblr termasuklah Lady Gaga,[29] Zooey Deschanel[29] dan John Mayer.[29] Ramai juga ahli muzik yang terdiri daripada kumpulan muzik menggunakan Tumblr termasuklah Tyler "Telle" Smith daripada The Word Alive dan ahli kumpulan Motionless in White.
- Pada tahun 2011, slogan penyatuan We are the 99% Tumblr[30] digunakan untuk pergerakan Occupy Wall Street.[31]
- Pada 21 Oktober 2011, Tumblr telah menjadi platform pemblogan pertama untuk menganjurkan blog bagi Presiden Obama.[32]
Remove ads
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads