Twin Peaks

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Twin Peaks ialah siri televisyen drama seram misteri Amerika Syarikat yang dicipta oleh Mark Frost dan David Lynch yang ditayangkan pada 8 April 1990, di ABC. Kedudukan yang merosot menyebabkan pembatalannya selepas musim kedua pada tahun 1991. Ia bagaimanapun mendapat ikutan ramai dan telah dirujuk sebagai bahan budaya pop dalam pelbagai rancangan media. Pada tahun-tahun berikutnya, Twin Peaks sering disenaraikan di antara siri televisyen terhebat sepanjang masa, dan dianggap sebagai titik perubahan penting dalam drama televisyen.[3][4][5][6][7][8]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Siri ini menyusuli siasatan yang diketuai oleh Ejen Khas FBI Dale Cooper (Kyle MacLachlan) dan Sheriff tempatan, Harry S. Truman (Michael Ontkean) dalam kes pembunuhan di bandar terpencil Twin Peaks, Negeri Washington, yang melibatkan seorang wanita bernama Laura Palmer (Sheryl Lee). Twin Peaks memainkan sebuah kisah fiksi detektif yang menarik, tetapi dengan nada menakutkan, unsur-unsur ghaib, dan 'kem', pembawaan tema melodramatik serta watak eksentrik juga memberi perhatian pada bidang hiburan Amerika dan topik seram.[9][10][6][11] Seperti karya-karya Lynch yang lain, ia bertemakan surealisme, humor di luar kotak, dan sinematografi tersendiri.[12] Skor muzik pula disusun oleh Angelo Badalamenti bersama dengan Lynch.[13]

Kejayaan rancangan ini mencetuskan sebuah francais media yang terkemuka, dan siri ini disambungan oleh filem pada tahun 1992, Twin Peaks: Fire Walk with Me, yang berlatar belakangkan sebagai kisah sebelum kepada siri utama Twin Peaks. Buku dan novel Twin Peaks juga dikeluarkan. Berikutan tamatnya rancangan ini selama 25 tahun, ia kembali bersambung pada tahun 2017 dengan musim ketiga di Showtime, yang dipasarkan sebagai Twin Peaks: The Return dan Twin Peaks: A Limited Event Series. Musim ini diarahkan oleh Lynch dan ditulis oleh Lynch dan Frost, serta membintangi ramai pelakon asal, termasuk MacLachlan sebagai protagonis utama.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads