Ty Cobb

Pemain besbol Amerika (1886–1961) From Wikipedia, the free encyclopedia

Ty Cobb
Remove ads

Tyrus Raymond Cobb (18 Disember 1886[1] – 17 Julai 1961), digelar "the Georgia Peach", ialah seorang pemain besbol profesional Amerika Syarikat yang bermain sebagai pemadang tengah. Dilahirkan di kawasan luar bandar Narrows, Georgia, Cobb bermain selama 24 musim dalam Major League Baseball (MLB). Beliau menghabiskan 22 tahun bersama Detroit Tigers, di mana beliau turut berkhidmat sebagai pemain merangkap pengurus (player-manager) selama enam musim terakhir, sebelum menamatkan kerjayanya bersama Philadelphia Athletics.

Fakta Segera MLB debut, Penampilan MLB terakhir ...

Pada tahun 1936, Cobb menerima undi tertinggi dalam pengundian pertama pemilihan ke Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan, dengan meraih 222 daripada 226 undi (98.2%) — satu rekod peratusan tertinggi yang hanya diatasi pada tahun 1992 oleh Tom Seaver. Pada tahun 1999, majalah The Sporting News menamakan Cobb di tangga ketiga dalam senarai “100 Pemain Besbol Terhebat Sepanjang Zaman”.

Cobb diiktiraf sebagai pemain yang mencipta 90 rekod MLB sepanjang kerjayanya. Beliau memenangi gelaran pemukul terbaik lebih banyak daripada mana-mana pemain lain, iaitu 11 sebanyak kali (atau 12 kali, bergantung kepada tafsiran bagi gelaran tahun 1910). Sepanjang 24 tahun kerjayanya, Cobb mencatat purata pukulan pada .300 dalam 23 musim berturut-turut — menghasilkan satu rekod dengan satu-satunya pengecualian ialah pada musim debutnya. Beliau turut mencapai purata pukulan .400 dalam tiga musim berbeza, satu rekod yang dikongsi bersama tiga pemain lain.

Cobb memegang rekod permainan lima pukulan terbanyak dalam sejarah liga utama dengan 14 kali. Beliau juga memegang rekod sepanjang zaman untuk stealing home sebanyak 54 kali, serta menjadi satu-satunya pemain yang mencuri tapak kedua, ketiga, dan plat rumah secara berturutan sebanyak empat kali. Beliau masih kekal sebagai pemain termuda yang mencapai 4,000 pukulan dan 2,000 larian. Jumlah gabungan larian dihasilkan dan larian hasil pukulan (runs + RBI) selepas disesuaikan dengan home run adalah sebanyak 4,065, yang masih merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah MLB.

Cobb juga menduduki tempat pertama dalam jumlah permainan diturunkan sebagai pemadang luar (2,934) dan pernah memegang pelbagai rekod utama selama hampir setengah abad, termasuk; permainan terbanyak sepanjang karier (3,035), pukulan (at-bat) terbanyak — antara 11,429 hingga 11,434 bergantung kepada sumber — sehingga tahun 1974[2] rekod moden untuk bilangan stolen base terbanyak (892) sehingga 1977, pukulan terbanyak sepanjang karier (4,189 atau 4,191) sehingga 1985, larian terbanyak sepanjang karier sehingga 2001, purata pukulan sepanjang karier Cobb, .366 atau .367 (bergantung kepada sumber), diiktiraf sebagai yang tertinggi dalam sejarah MLB sehingga 2024, apabila MLB mula memasukkan statistik pemain Liga Negro secara rasmi dalam rekod liga utama.

Reputasi Cobb agak kompleks. Beliau menubuhkan tabung biasiswa kolej besar-besaran untuk pelajar dari Georgia yang dibiayai melalui pelaburan awalnya dalam syarikat Coca-Cola dan General Motors. Namun, reputasinya telah dicemari oleh tuduhan rasisme dan keganasan, kebanyakannya berpunca daripada beberapa biografi pascakematian yang kini dianggap tidak sahih atau melampau-lampau. Imej Cobb sebagai seorang lelaki ganas banyak diperbesarkan oleh penulis biografi pertamanya, Al Stump, seorang wartawan sukan yang kemudiannya terbukti menokok tambah dan mereka cerita secara sensasi mengenai kehidupannya.

Walaupun Cobb terkenal dengan pertelingkahan fizikal dan personaliti tegas, beliau menyatakan sokongan terhadap penyertaan pemain kulit hitam dalam liga utama dan dikenali sebagai seorang dermawan yang aktif.

Remove ads

Catatan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads