UNPROFOR
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pasukan Perlindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPROFOR) adalalh pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu pertama di Croatia dan Bosnia dan Herzegovina semasa Perang Yugoslavia. Pasukan ini telah dibentuk pada bulan Februari 1992 dan mandatnya berakhir pada bulan Mac 1995, dengan misi pengaman dibentuk semula menjadi tiga buah pasukan yang berlainan iaitu Operasi Aturgerak Pencegahan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNPREDEP) di Makedonia, Operasi Mengembalikan Keyakinan Pertubuhan Bangsa Bersatu di Croatia (UNCRO) di Croatia, serta operasi UNPROFOR yang disusun semula di Bosnia dan Herzegovina sehingga ia digantikan dengan misi-misi NATO dan Kesatuan Eropah pada bulan Disember 1995.
Remove ads
Anggota
UNPROFOR terdiri daripada hampir 39,000 anggota. Ia dianggotai oleh tentera daripada Argentina, Australia, Bangladesh, Belgium, Brazil, Kanada, Colombia, Republik Czech, Denmark, Mesir, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Ghana, India, Ireland, Itali, Jordan, Kenya, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Nepal, Belanda, New Zealand, Nigeria, Norway, Pakistan, Poland, Portugal, Rusia, Republik Slovakia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Tunisia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Berdasarkan PBB, pasukan ini kehilangan 167 anggota terkorban semasa menjalankan mandat ini. Daripada jumlah yang meninggal dunia, tiga orang adalah pemerhati ketenteraan, 159 orang angota-anggota tentera lain, seorang anggota polis awam, dua orang kakitangan awam antarabangsa dan dua orang kakitangan tempatan.[1]
Komander UNPROFOR adalah:
- Leftenan-Jeneral Satish Nambiar (India), bermula Mac 1992 hingga Mac 1993
- Leftenan-Jeneral Lars-Eric Wahlgren (Sweden), bermula Mac 1993 hingga Jun 1993
- Jeneral Jean Cot (Perancis), bermula Jun 1993 hingga Mac 1994[2]
- Jeneral Bertrand de Sauville de La Presle (Perancis), bermula Mac 1994 hingga Mac 1995
- Jeneral Bernard Janvier (Perancis), bermula Mac 1995 hingga Januari 1996
Pegawai terkenal:
- Mejar-Jeneral Lewis MacKenzie (Kanada) Sektor Sarajevo 1992
- Jeneral Philippe Morillon (Perancis) bermula Oktober 1992 hingga Julai 1993
- Leftenan-Jeneral Francis Briquemont (Belgium) bermula 12 Julai 1993 hingga 24 Januari 1994
- Leftenan-Jeneral Sir Michael Rose (United Kingdom) bermula 24 Januari 1994 hingga 25 Februari 1995
- Leftenan-Jeneral Rupert Smith (United Kingdom) bermula 25 Februari 1995
Remove ads
Lihat juga
- IFOR
- SFOR
- Kosovo Force
- EUFOR Althea
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads