Ubi kayu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Ubi kayu
Remove ads

Ubi kayu, ubi benggala, ubi belanda, ubi gajah, ubi jenderal, ubi perancis, ketela kayu, singkung atau singkong (nama botani: Manihot esculenta sin. Manihot utilissima)[3][2] ialah spesies tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae[3] yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.

Fakta Segera Pengelasan saintifik, Nama binomial ...
Thumb
Manihot esculenta

Ubi ini ialah sumber karbohidrat makanan beriklim tropika ketiga terbesar di dunia selepas padi dan jagung.[4][5][6]

Remove ads

Peristilahan

Nama ubi perancis (Jawi: ‏اوبي ڤرانچيس‎‎) diberikan orang Jawa.[7] Nama ubi jenderal (Jawi: ‏اوبي جندرل‎‎) diberikan kerana saiz akar ubi ini yang besar seperti Gabenor Jeneral jajahan Belanda di pulau-pulau Indonesia.[8]

Nama singkung dan singkong (dua-dua dalam Jawi: سيڠكوڠ) dijejak dari China.[9]

Botani

Pokoknya jenis renek yang tumbuh sehingga 4 meter. Semua bahagian batangnya mengandungi getah putih. Akarnya tirus dan panjang dengan ukuran sehingga 100 sentimeter dan garis pusat sebesar 15 sm; isinya putih, kuning atau merah apabila segar. Helai daunnya ringkas dengan banyak jejari yang hampir bercantum di tengah daun pada hujung tangkai 5-30 sm panjang.[3]

Remove ads

Penanaman

Ubi kayu biasanya ditanam dengan keratan batang yang dicucuk ke dalam tanah. Ubi kayu senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi.

Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan.

Kegunaan

Makanan

Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua.

Pada masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai asid hidrosianik (asid hidroklorik dan potasium sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Akar ubi kayu yang telah dikupas dikisar menjadi tepung. Tepung ini direndam dalam air dan diperah sampai kering beberapa kali sebelum dibakar.[10]

Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli, kuih ubi, tapai, kerepek dan yang seumpama dengannya.[3]

Ubi kayu ditanam secara komersial untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.[11]

Kegunaan lain

Pokok ubi kayu juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah lalang, di mana kawasan yang ditanam ubi kayu akan menutup permukaan tanah dari cahaya matahari, dengan itu menghalang lalang daripada tumbuh kembali.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads