Udo Omar

Pelakon From Wikipedia, the free encyclopedia

Udo Omar
Remove ads

Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia. Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.[1]

Fakta Segera Haji, Kelahiran ...

Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.

Remove ads

Penglibatan dan kerjaya seni

Udo Omar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Omar meninggal dunia pada 20 Februari 1980 di usia 74 tahun.[2]

Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.[3]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads