Urania

From Wikipedia, the free encyclopedia

Urania
Remove ads

Urania (Yunani Purba: Οὐρανία, rumi: Ouranía; bererti "syurgawi" atau "dari syurga") dalam mitologi Yunani, mousai bermaksud astronomi dan astrologi. Urania merupakan dewi astronomi dan bintang dengan lambang glob dan kompas.

Fakta Segera Tempat tinggal, Simbol ...

Mousai Urania kadangkala dikelirukan dengan Aphrodite Urania ("Aphrodite syurgawi") kerana nama mereka yang serupa.

Remove ads

Keluarga

Urania merupakan anak perempuan Zeus dengan Mnemosyne dan juga cicit kepada Uranus.[1] Beberapa catatan menyenaraikannya sebagai ibu kepada pemuzik Linus[2] dengan ayahnya ialah Apollo[3] atau Hermes[4] atau Amphimarus,[5] anak Poseidon. Hymenaeus juga dikatakan ialah anak Urania.[6]

Fungsi dan perwakilan

Thumb
Urania digambarkan dengan glob cakerawala dan bintang-bintang di atas kepalanya. Allegorical Portrait of Urania, Muse of Astronomy oleh Louis Tocqué.

Urania sering dikaitkan dengan Cinta Sejagat. Kadangkala dianggap sebagai yang sulung antara adik-beradiknya, Urania mewarisi keagungan dan kuasa Zeus serta kecantikan dan keanggunan ibunya, Mnemosyne.

Urania mempunyai kelubung yang disulam dengan bintang dan menumpukan pandangan serta perhatiannya ke syurga. Dia biasanya diwakili dengan glob cakerawala yang ditunjukkannya dengan sebatang tongkat kecil,[7] dan digambarkan dalam seni moden dengan bintang di atas kepalanya. Dia mampu meramal masa depan melalui aturan bintang-bintang.[8]

Remove ads

Urania sebagai Mousai

Thumb
Urania, salinan Rom yang dipulihkan selepas asal Yunani dari abad ke-4 SM, Villa Hadrian.

Golongan yang menumpukan bidang falsafah dan cakerawala merupakan yang paling disayanginya. Mereka yang telah diajar olehnya akan ditinggikan ke syurga, kerana imaginasi dan kuasa pemikiran mengangkat jiwa manusia setinggi kayangan.[9]

Urania, o'er her star-bespangled lyre,

With touch of majesty diffused her soul;

A thousand tones, that in the breast inspire,

Exalted feelings, o er the wires'gan roll—

How at the call of Jove the mist unfurled,

And o'er the swelling vault—the glowing sky,

The new-born stars hung out their lamps on high,

And rolled their mighty orbs to music's sweetest sound.

(Urania, pada liranya yang bertaburan bintang,

Dengan sentuhan agung mengalirkan jiwanya;

Seribu nada mula bergema pada dawai,

Mengilhamkan perasaan yang luhur di dada—

Bagaimana pada seruan Jove kabus terbentang,

Dan di atas langit yang membonjol—langit yang bersinar,

Bintang-bintang baru lahir menggantungkan pelita mereka tinggi-tinggi,

Dan menggerakkan bebola agung mereka mengikut alunan muzik yang paling merdu.)

—Daripada An Ode to Music oleh James G. Percival

Semasa Zaman Pembaharuan, Urania mula dianggap sebagai Mousai kepada penyair Kristian.[10] Dalam pemujaan kepada Buku 7 puisi epik John Milton Paradise Lost, penyair menyeru Urania untuk membantu penceritaannya tentang penciptaan kosmos, namun dia memberi amaran bahawa "[m]aknanya, bukan namanya yang kuseru" (7.5).

Thumb
Jam bandul kon monumental oleh Eugène Farcot menggambarkan dewi Yunani berkenaan, 1862.

Urania dalam astronomi dan navigasi

  • Planet Uranus, walaupun dinamakan sempena dewa Yunani yang mempersonifikasikan langit, juga dinamakan secara tidak langsung sempena Urania.[11][12]
  • Urania digunakan untuk nama balai-balai cerap di Berlin, Budapest, Bucharest, Vienna, Zürich, Antwerp, dan Uraniborg di pulau Ven. Lingkaran asteroid (30) Urania juga dinamakan sempenanya.
  • Mohor rasmi U.S. Naval Observatory memaparkan Urania. Hr. Ms. Urania merupakan kapal latihan layar untuk Kolej Tentera Laut Diraja Belanda. Sebuah Hr. Ms. Urania dalam Tentera Laut Diraja Belanda telah wujud sejak 1832.
  • Urania dipaparkan pada mohor Persatuan Astronomi Diraja Kanada, serta motonya: Quo ducit Urania ("Ke mana Urania bawa").

Kegunaan lain "Urania"

  • Urania merupakan nama tradisional yang diberikan kepada buku kelapan Herodotus Sejarah.
  • Aphrodite Urania (Aphrodite syurgawi) seringnya gelaran yang diberikan kepada Aphrodite berbeza dengan aspek duniawinya, Aphrodite Pandemos (Aphrodite untuk semua orang).[13]
  • Urania merupakan muse untuk buku 7 dan 9 Paradise Lost.
Remove ads

Rujukan

Sumber

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads