Usher

From Wikipedia, the free encyclopedia

Usher
Remove ads

Usher Raymond IV[1][2] (lahir 14 Oktober 1978)[3] merupakan penyanyi, komposer, penari dan pelakon Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan di Dallas, Texas dan dibesarkan di Chattanooga, Tennessee sebelum berpindah ke Atlanta, Georgia. Ketika berusia 12 tahun, ibunya telah mendaftarkan beliau dalam sebuah pertandingan nyanyian sebelum dilamar oleh LaFace Records. Pada tahun 1994, beliau telah mengeluarkan album sulungnya, Usher. Beliau telah menempah nama pada akhir 1990-an apabila album My Way (1997), mendapat tempat dalam Billboard Hot 100 menerusi lagu, "Nice & Slow", "You Make Me Wanna..." dan "My Way". Album 8701 (2001) pula telah meletakkan lagu "U Remind Me", "U Got It Bad" dan "U Don't Have to Call" dalam carta. Ia telah terjual sebanyak 8 juta salinan seluruh dunia dan telah memenangi Anugerah Grammy bagi Persembahan Vokal R&B Lelaki pada tahun 2002 dan 2003.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Diskografi

  • Usher (1994)
  • My Way (1997)
  • 8701 (2001)
  • Confessions (2004)
  • Here I Stand (2008)
  • Raymond v. Raymond (2010)
  • Looking 4 Myself (2012)
  • Hard II Love (2016)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads