VTOL
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
VTOL adalah merupakan singkatan bagi pesawat Vertical Take-Off and Landing (bahasa Melayu: Pelepasan dan Pendarat Menegak). Pengelassan ini termasuk pesawat kepak kaku yang boleh terapung-apung semasa hendak berlepas dan mendarat, helikopter dan pesawat lain yang dikuasi oleh kipas, seperti contoh rotor condong.[1][2][3][4] Autogiro, belon udara, kapal udara dan roket biasanya tidak dianggap sebagai sebuah pesawat VTOL. Beberapa pesawat VTOL juga boleh digunakan di dalam mod-mod lain seperti CTOL (Conventional Take-off and Landing), STOL (Short Take-Off and Landing), dan/atau STOVL (Short Take-Off and Vertical Landing). Lain-lain, seperti beberapa jenis helikopter, hanya boleh dioperasikan di dalam mod VTOL, disebabkan pesawat ini memiliki kekangan giar pendaratan yang boleh mengendalikan pergerakkan mendatar. VTOL juga merupakan pecahan kepada V/STOL.


Selain daripada helikopter, terdapat dua jenis pesawat VTOL yang berada di dalam perkhidmatan tentera: iaitu kapal yang menggunakan rotor condong, seperti Bell Boeing V-22 Osprey, dan pesawat yang menggunakan tujahan jet tertumpu seperti pesawat dari keluarga Harrier.
Remove ads
Galeri
- Penerbangan F-35, perubahan ke konfigurasi VTOL, pelepasan menegak, pengisian minyak semasa penerbangan, mengapung secara menegak dan mendarat.
- F-35 sedang mendarat secara menegak.
Lihat juga
- Aeroshell
- STOL
- V/STOL
- Senarai pesawat VTOL
- Piring terbang tentera
- Kipas condong
- Sayap condong
- Bristol Siddeley BS100
- Rolls-Royce RB.108
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads