Vaathi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Vaathi ( terj. Cikgu ) ialah filem Aksi drama period Bahasa Tamil tahun 2023 dari India. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Venky Atluri [3] [4] Filem ini menampilkan Dhanush dan Samyuktha dalam watak utama [5] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 17 Februari 2023 . Ia menerima ulasan bercampur-campur daripada pengkritik.
Remove ads
Pelakon
- Dhanush sebagai Balamurugan 'Bala'/Bala Gangadhar Thilak 'Balu'
- Samyuktha sebagai Meenakshi
- Samuthirakani sebagai Srinivas Tirupathi
- Tanikella Bharani sebagai Thanigachalam/Deekshitulu
- P. Sai Kumar sebagai Muthu Pandian/Papa Rao
- Rajendran sebagai Bhupathi/Bhushanam
- Narra Srinivas sebagaiSudarshan
- Pammi Sai sebagai Subbayya
- Ilavarasu sebagai Menteri Pendidikan Tamil Nadu
- Thotapalli Madhu as Narayana Swamy
Remove ads
Penghasilan
Pembangunan
Pada akhir Julai 2021, dilaporkan bahawa Dhanush akan bekerjasama dengan Venky Atluri untuk filem seterusnya. Sithara Entertainments dilaporkan membiayai projek itu. [6] Pada 22 Disember, syarikat itu membuat pengumuman awam, [7] mengesahkan projek itu, diberi nama sebagai Vaathi . Atluri telah merekrut komposer muzik GV Prakash Kumar, sinematografer Dinesh Krishnan dan editor Navin Nooli. [8] Samyuktha diumumkan sebagai salah satu pelakon utama pada hari yang sama. [9]
Penggambaran
Fotografi utama bermula pada 5 Januari 2022. [10] Jadual kedua penggambaran bermula pada April 2022 apabila Dhanush telah menyertai set selepas dia menamatkan penggambaran Naane Varuvean . Penggambaran telah selesai pada Oktober 2022. [11] [12] [13]
Remove ads
Runut Bunyi
Muzik filem ini digubah oleh GV Prakash Kumar . Single pertama bertajuk "Vaa Vaathi" telah dikeluarkan pada 10 November 2022. [14] [15]
Pelancaran
Pawagan
Pada November 2022, telah diumumkan bahawa filem itu akan ditayangkan pada 17 Februari 2023. [16]
Platform Penstriman
Pada mulanya, terdapat laporan yang mencadangkan bahawa hak penstriman filem itu telah diperoleh oleh Aha, tetapi kemudiannya diperoleh oleh Netflix, manakala hak satelit telah dijual kepada Sun TV Network . [17] Ia mula distrim di Netflix dari 17 Mac 2023 dalam bahasa Tamil, Telugu dan Hindi. [18]
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads