VinFast

Pengilang automotif Vietnam From Wikipedia, the free encyclopedia

VinFast
Remove ads

VinFast adalah subsidiari kepada Vingroup, salah satu daripada firma persendirian terbesar di Vietnam. [2][3][4] Vingroup merupakan peneraju dalam bidang pembinaan, hartanah dan mempunyai pegangan besar dalam sektor pendidikan, penjagaan kesihatan, pertanian, pelancongan dan perniagaan runcit.[5][6] Melalui pameran tersebut VinFast akan menonjolkan falsafahnya iaitu ‘Vietnamese – Style – Safety – Creativity – Pioneering’ yang dibangunkan oleh studio reka bentuk Itali terkenal Pininfarina.[7]

Thumb
VinFast Fadil red back
Fakta Segera Jenis/bentuk sah, ISIN ...
Thumb
Vinfast Lux A2.0 adalah berdasarkan kepada BMW 5 Series (F10)
Thumb
Vinfast Lux SA2.0 adalah berdasarkan kepada BMW X5 (F15)

Kompleks pengeluaran dengan keluasan 335 hektar sudah hampir siap dan menariknya terletak di atas laut yang ditambak. Lokasinya juga strategik iaitu berdekatan pelabuhan Hai Phong di utara Vietnam.[8]

Di antara pembekal bagi kilang ini ialah FFT, EBZ, Dürr, GROB, Thyssenkrupp, AVL, MAG, Eisenmann dan Hirotec. Terdapat lebih daripada 1,200 robot daripada ABB.

Selain itu beberapa vendor terkenal sudah pun komited untuk membuka kilang seperti ZF Group, Jerman, Lear Corporation, AS dan AAPICO, Thailand.[9][10]

VinFast juga akan berkerjasama dengan Eckhert Schulen untuk melatih 200 aprentis setiap tahun. Dengan kursus dalam bidang mekanik industri dan mekatronik mengikut piawaian Jerman setiap graduan akan menerima pensijilan daripada Dewan Perniagaan dan Industri Jerman.

VinFast juga adalah syarikat automotif Vietnam pertama yang mengambil bahagian dalam pameran kereta antarabangsa dan ini menunjukkan semangat kental dan keyakinan syarikat.[11][12][13]

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads