L'uomo vitruviano
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Le proporzioni del corpo umano secondo Vitruvio ("Kadar ukuran tubuh manusia menurut Vitruvius") atas ringkasnya L'Uomo Vitruviano (sebutan bahasa Itali: [ˈlwɔːmo vitruˈvjaːno], "Manusia Vitruvius"; bahasa Inggeris: Vitruvian Man) adalah sebuah lukisan dakwat atas kertas yang dibuat oleh Leonardo da Vinci sekitar tahun 1490.[1]
![]() | Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Itali. (Julai 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Lukisan ini menggambarkan seorang lelaki dalam dua kedudukan yang tumpang tindih dengan tangan dan kakinya berjauhan dalam suatu bulatan dan segi empat disertai catatan berdasarkan kandungan Buku III risalah De architectura karya Vitruvius, seorang jurubina Romawi kuno yang menggambarkan sosok manusia sebagai sumber utama ukuran badan antara asas kepada jurusan ilmu seni bina. Vitruvius menetapkan bahawa suatu sosok tubuh yang ideal harus memiliki tinggi lapan kepala. Lukisan Leonardo biasanya diberi nama untuk menghormati jurubina tersebut.
Lukisan ini tersimpan dalam Gabinetto dei disegni e stampe di Gallerie dell'Accademia, di Venezia, Italia, dengan nombor rujuk 228. Lukisan ini hanya dapat dipamerkan kepada orang ramai sekali-sekala sepertimana kebanyakan karya kertas ciptaan Leonardo da Vinci.[2][3]
Remove ads
Rujukan
Sumber
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads