Vocaloid 2

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Fakta Segera Pelancaran pertama, Sistem pengendalian ...

Vocaloid 2 merupakan satu peranti pensintesis suara nyanyian dan merupakan kesinambungan Vocaloid dalam siri Vocaloid. Pengeluaran peranti ini berupaya untuk memperolehi kejayaan tidak dijangkakan serta impak kebudaayaan yang besar.

Remove ads

Sejarah

Fail:B r Vocaloid2 Editor.jpg
Imej tangkapan skrin antara muka perisian untuk Vocaloid 2

Vocaloid 2 diumumkan pada tahun 2007. Tidak seperti enjin pertama, Vocaloid 2 berasaskan keputusannya pada sampel vokal, berbanding analisis suara manusia.[1] Oleh kerana kekangan masa, tidak seperti enjin sebelum ini, ia tidak mempunyai ujian beta awam dan sebaliknya merupakan penambahbaikan bagi isu-isu yang dilaporkan oleh pengguna.[2]

Enjin sintesis dan antara muka pengguna telah dirombak sepenuhnya, dengan Vocaloid Jepun yang hanya memiliki antara muka Jepun.[3] Ciri-ciri baru seperti uji bakat nota, runut kawalan lut sinar, menogol antara main balik dan pemberian, serta kawalan pengungkapan dilaksanakan.[4] Bunyi nafas dan huski seseorang itu boleh dirakam ke dalam perpustakaan untuk menghasilkan bunyi yang realistik.[5] Versi ini tidak serasi ke belakang dan penyuntingnya tidak berupaya untuk memuat suatu perpustakaan yang dibina dari versi sebelumnya. Selain daripada perisian komputer, servis NetVocaloid ditawarkan. Meskipun begitu, perisian itu tidak disetempatkan dan Vocaloid sama ada Bahasa Inggeris atau Jepun hanya akan memaparkan versi bahasa tersebut, oleh itu walaupun Megurine Luka mempunyai perpustakaan yang termasuk bahasa Inggeris, sebagai Vocaloid Jepun dia hanya mempunyai akses kepada perisian versi Jepun. Secara keseluruhan, terdapat 17 pakej yang dihasilkan untuk Vocaloid 2 dalam perisian versi Jepun dan lima dalam versi Bahasa Inggeris; pakej ini menawarkan 35 bank suara antara mereka sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Jepun.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads