Watt

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Watt (simbol: W) ialah unit SI untuk kuasa dalam Sistem Unit Antarabangsa (SI), dinamakan sempena jurutera Scotland James Watt (1736–1819). Unit ini ditakrifkan sebagai joule per saat[1] dan boleh digunakan untuk menyatakan kadar penukaran tenaga atau pemindahan terhadap masa. Ia mempunyai dimensi Jisim·Panjang2·Masa−3.

Fakta Segera Sistem unit, Unit bagi ...
Remove ads

Takrifan

Satu watt ialah satu joule tenaga per saat.

1 W = 1 J/s = 1 newton meter per saat

Contoh

Apabila halaju sesuatu objek adalah malar pada satu meter sesaat terhadap daya bertentangan malar satu newton kadar di mana kerja dilakukan adalah 1 watt.

Dari segi keelektromagnetan, satu watt adalah kadar di mana kerja dilakukan apabila satu ampere (A) arus mengalir melalui beza keupayaan elektrik satu volt (V).

Dua penukaran unit tambahan untuk watt boleh didapati dengan menggunakan persamaan di atas dan Hukum Ohm.

Di mana ohm () adalah unit terbitan SI bagi rintangan elektrik.

  • Seseorang yang mempunyai jisim 100 kilogram yang menaiki tangga 3 meter tinggi dalam 5 saat melakukan kerja pada kadar kira-kira 600 watt. Jisim kali pecutan disebabkan oleh graviti kali ketinggian dibahagikan dengan masa yang diambil untuk mengangkat objek ke ketinggian yang diberikan memberikan kadar kerja yang dilakukan atau kuasa.[notes 1] [notes 2]
  • Seorang buruh sepanjang hari 8 jam boleh mengekalkan pengeluaran purata kira-kira 75 watts; tahap kuasa yang lebih tinggi boleh dicapai untuk jangka masa yang pendek dan oleh ahli sukan.[2]
Remove ads

Asal

Watt dinamakan sempena James Watt kerana jasa beliau dalam pembangunan enjin stim, dan diguna pakai oleh Kongres Kedua Persatuan Kemajuan Sains British (Second Congress of the British Association for the Advancement of Science) dalam tahun 1889 dan oleh en:General Conference on Weights and Measures ke-11 dalam tahun 1960.

Penukaran

  • 1 watt ≈ 3.412141630 BTU/jam
  • 1 watt = 1 volt × 1 ampere
  • 1 kuasa kuda ≈ 745.700 W (dibundarkan daripada 745.69987158227022 W)
  • 1 kuasa kuda (elektrik British) = 746 W
  • 1 kuasa kuda (elektrik Eropah) = 736 W
  • 1 kuasa kuda ("metrik") = 735.498 75 W

Nota

  1. Tenaga mendaki tangga diberikan oleh mgh. Tetapkan m = 100 kg, g = 9.8 m/s2 dan h = 3 m gives 2940 J. Membahagikan ini dengan masa yang diambil (5 s) memberikan kuasa 588 W.
  2. Penggunaan kuasa elektrik isi rumah purata 1.19 kW di Amerika Syarikat, 0.53 kW di UK. Di India ia adalah 0.13 kW (bandar) dan 0.03 kW (luar bandar) – dikira dari angka GJ dipetik oleh Nakagami, Murakoshi and Iwafune.
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads