Wikibuku

laman web kerjasama membangunkan buku berteks bebas From Wikipedia, the free encyclopedia

Wikibuku
Remove ads

Wikibuku (bahasa Inggeris: Wikibooks, sebelum ini dipanggil Projek Buku Teks Bebas Wikimedia (bahasa Inggeris: Wikimedia Free Textbook Project) dan Wikimedia-Buku Teks (bahasa Inggeris: Wikimedia-Textbooks)) ialah sebuah projek Wikimedia berasaskan wiki yang dikelola oleh Yayasan Wikimedia bagi penciptaan buku teks dan teks beranotasi digital kandungan bebas yang boleh disunting oleh sesiapa.[2]

Fakta Segera Maklumat umum, URL ...

Pada mulanya, projek ini dicipta sepenuhnya dalam bahasa Inggeris pada Julai 2003; kemudian berkembang untuk memasukkan penambahan bahasa bermula Julai 2004.[3] Setakat Jun 2024, terdapat laman aktif Wikibuku bagi 77 bahasa[1] merangkumi sejumlah 392,143 rencana dan 1,614 orang penyunting aktif semasa

Remove ads

Sejarah

Domain wikibooks.org didaftarkan pada 19 Julai 2003.[4] Ia dilancarkan untuk menjadi tapak dan membina buku teks bebas bagi bidang-bidang seperti kimia organik dan fizik, sebagai maklum balas kepada permintaan seorang penyumbang Wikipedia Karl Wick.[5][6] Dua subprojek utama, Wikijunior dan Wikiversiti, dicipta di Wikibuku sebelum dasar rasminya kemudian berubah yang akan datang menjadi projek jenis pengeram dimulakan mengikut dasar projek baharu Yayasan Wikimedia.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]

Pada Ogos 2006, Wikiversiti menjadi projek Yayasan Wikimedia yang mandiri.[7]

Sejak 2008, Wikibuku termasuk dalam BASE.[8]

Pada Jun 2016, Compete.com menganggarkan Wikibuku mempunyai 1,478,812 pengunjung tersendiri.[9]

Kandungan buku

Penvisualan pembangunan bagi projek WIkibuku Jerman Mathe für Nicht-Freaks

Sesetengah buku ialah asli, sesetengah yang lain dimulakan sebagai sebuah teks yang disalin daripada sumber buku teks kandungan bebas yang lain yang ditemui di Internet. Semua kandungan laman tersebut dikeluarkan di bawah Lesen Atribusi Perkongsian Serupa Creative Commons (atau sebuah lesen seumpamanya). Ini bermakna, semaseperti projek kembarnya yang lain, Wikipedia, sumbangan kekal berhakmilik kepada penciptanya, sementara perlesenan ini bagi memastikan ia bebas disebarkan dan digunakan mengikut syarat-syarat tertentuز.

Thumb
Bagaimana Wikibuku Inggeris disusun

Wikibuku berbeza daripada Wikisumber, dengan maksud Wikisumber mengumpul salinan dan terjemahan asli sesebuah karya kandungan bebas yang ada, seperti teks asal pementasan Shakespeare, sementara Wikibuku bertumpu pada karya asli, versi pindaan karya sedia ada, atau olahan atau anotasi karya asli.

Statistik nekabahasa

Setakat Jun 2024, terdapat laman Wikibuku bagi 121 bahasa dengan 77 laman aktif dan 44 telah ditutup.[10] Laman aktif mempunyai 392,143 rencana dan laman ditutup mempunyai 671 rencana.[11] Terdapat 4,773,679 pengguna berdaftar dengan 1,614 yang aktif.[11]

Sepuluh laman projek bahasa Wikibuku teratas mengikut pengiaraan rencana utama:[11]

Maklumat lanjut No., Bahasa ...

Untuk senarai lengkap bersama jumlah, lihat Sttaistik Wikimedia.[12]

Baca juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads