Windows Fundamentals for Legacy PCs

From Wikipedia, the free encyclopedia

Windows Fundamentals for Legacy PCs
Remove ads

Windows Fundamentals for Legacy PCs ("WinFLP") adalah sistem pengendalian dari Microsoft, berdasarkan Windows XP, tetapi dioptimumkan untuk perkakasan yang kurang berkuasa dan paling lama. Ia yang dikeluarkan pada 8 Julai 2006. Ia hanya mengandungi sebahagian fungsi keselamatan, pengurusan dan kerja paparan dokumen .NET Framework.

Fakta Segera Maklumat umum, Jenis sistem ...
Remove ads

Sejarah

WinFLP asalnya dinamakan dengan nama kod "Eiger" dan "Mönch" (nama-nama gunung di pergunungan Alps, Swiss) pada pertengahan 2005.

Versi RTM WinFLP hanya diterbitkan pada 8 Julai 2006.

Penggambaran

WinFLP ialah terbitan Windows XP yang dioptimumkan untuk komputer peribadi warisan dengan spesifik.[1] Ia menyokongkan perjalanan aplikasi secara tempatan.

Keperluan sistem minima

  • Pemproses kelas Pentium 233 MHz (300 MHz disyorkan)
  • 64 MB RAM (128 MB disyorkan)
  • 500 MB HDD (1 GB disyorkan)
  • Resolusi skrin 800x600 atau lebih tinggi

Ciri-ciri utama

  • Secara lazimnya memerlukan kurang RAM daripada versi penuh Windows XP Professional
  • Menyokong kebanyakan aplikasi 2000/XP
  • Menyokong ciri-ciri rangkaian asas
  • Menyokong kebanyakan pemacu peranti 2000/XP
  • Mengemaskini komputer-komputer lama dengan spesifikasi keselamatan moden
  • Menyokong DirectX (Dipasang dengan Sokongan Media / DirectX semasa pemasangan OS)
  • Menyokong persisian lanjutan seperti tetikus, papan kekunci
  • Menyokong keupayaan untuk melancarkan klien perkhidmatan terminad dari CD
Remove ads

Isu dan had penggunaan

  • Rangkaian berdail masih ada sementara sambungan berasaskan terminal kurang disokong
  • Beberapa arahan prom perintah tidak wujud, seperti: TSKILL, NET START, dll.
  • Mungkin mengalami masalah keserasian dengan sesetengah perisian
  • Mungkin bermasalah dengan pemacu peranti lama
  • Tidak menyertakan panel kawalan penentukuran kayu ria (JOY.CPL)
  • tidak menyertakan peranti perisian NULL.SYS (digunakan oleh Cygwin untuk mengimplementasikan /dev/null)[2]
  • Tiada dalam bentuk "sedia jual" dan OEM.


Remove ads

Nota

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads