Wit Studio
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Wit Studio, Inc. (Jepun: 株式会社ウィットスタジオ, Hepburn: Kabushiki-gaisha Witto Sutajio) ialah studio animasi Jepun yang diasaskan pada 1 Jun 2012, oleh pengeluar di Production I.G sebagai anak syarikat IG Port. Ia berpangkalan di Musashino, Tokyo, dengan George Wada sebagai presiden dan Tetsuya Nakatake sebagai pengarah studio, kedua-dua mereka penerbit di Production I.G. Studio ini menjadi masyhur dari keterlibatannya menghasilkan tiga musim pertama Attack on Titan.[1]
Remove ads
Penubuhan
Studio ini diasaskan oleh George Wada, seorang bekas pekerja Production IG pada 2012, tetapi produksi utama pertama studio, Hal dan Attack on Titan hanya dapat dikeluarkan setahun kemudian. Selepas penubuhannya, Tetsuya Nakatake diletakkan sebagai wakil pengarah studio. Beberapa bekas kakitangan Production I.G yang lain menyertai Wit selepas penubuhannya, termasuk pengarah animasi Kyōji Asano dan Satoshi Kadowaki, dan pengarah Tetsurō Araki, yang kesemuanya bekerja bersama dalam Attack on Titan.
Wit Studio dibiayai dengan pelaburan awal sebanyak ¥30,000,000 dalam modal daripada IG Port, Wada dan Nakatake, yang dilaporkan masing-masing memiliki 66.6%, 21.6% dan 10.0% ekuiti dalam studio.[3][4]
Remove ads
Karya
Siri televisyen
Filem
OVA/ONA
Permainan video
Video muzik
Remove ads
Nota
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads