Wonder Pets!

Siri televisyen animasi di Nickelodeon From Wikipedia, the free encyclopedia

Wonder Pets!
Remove ads

Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin (Sekarang Nick Jr.) pada 31 Ogos 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Melayu di TV9 mulai tahun 2008.

Fakta Segera Genre, Pencipta ...

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan di bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Remove ads

Sejarah dan format

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O'Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul "The New Adventures of Linny the Guinea Pig," di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar "photo-puppetry", yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.[1] Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.[2]

Remove ads

Watak

  • Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,[3] ialah ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.
  • Turtle Tuck, 4 tahun, ialah seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boleh menjumpai benda dari jauh.
  • Ming-Ming Duckling, 3 tahun,[3] ialah seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming juga percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.
Remove ads

Struktur episod

Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Maklumat lanjut Versi Bahasa Melayu, Versi Bahasa Inggeris ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads