Timah

From Wikipedia, the free encyclopedia

Timah
Remove ads

Timah atau Stanum (daripada bahasa Latin Stannum; bahasa Inggeris: Tin) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Sn dan nombor atom 50. Timah adalah logam lemah yang berwarna keperakan dan mudah tertempa. Timah sukar untuk dioksidakan oleh udara. Timah juga tahan kakisan dan digunakan untuk menyadur logam-logam lain agar tahan karat. Timah merupakan unsur dalam banyak jenis aloi, contohnya dengan tembaga untuk menghasilkan gangsa. Aloi piuter mengandungi kira-kira 85% hingga 99% timah. Kebiasaannya, timah diperolehi dalam bentuk oksida logam daripada mineral kasiterit.

Maklumat lanjut Am, Sifat keatoman ...
Remove ads

Sifat-sifat utama

Timah mudah tertempa, mulur, sangat terhablur dan berwarna putih keperakan. Sekeping logam timah yang dibengkokkan akan menghasilkan bunyi retakan. Bunyi ini disebabkan oleh pengembaran hablur. Logam ini tahan kakisan daripada air paip lembut, air laut dan air yang disuling. Timah bertindak dengan asid kuat, alkali kuat dan garam-garam asid. Timah bertindak sebagai mangkin kepada oksigen dalam larutan, lalu mempercepatkan tindakan serangan kimia. Timah membentuk SnO2 (Stanum dioksida) apabila dipanaskan dalam udara. SnO2 bersifat asid lemah dan bertindak dengan oksida bes untuk menghasilkan garam stanat (SnO32-) Timah boleh digilap penuh. Timah digunakan sebagai saduran pelindung untuk logam-logam lain bagi mengelakkan kakisan atau tindakan-tindakan kimia lain. Logam ini bertindak secara langsung dengan klorin dan oksigen dan menyesar hidrogen daripada asid-asid cair. Timah mudah tertempa pada suhu-suhu biasa (suhu bilik) tetapi rapuh pada suhu rendah.

Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads