Wuppertaler Schwebebahn

From Wikipedia, the free encyclopedia

Wuppertaler Schwebebahn
Remove ads

Wuppertaler Schwebebahn (disebut terdekat [vu.pĕ.ta.lĕr syvé.bĕ.ban], "Kereta Api Tergantung Wuppertal") ialah suatu landasan kereta api tergantung atau terletak di Wuppertal, negeri Nordrhein-Westfalen, Jerman. Ia merupakan sistem monorel tertua di dunia.[1]

Thumb
Salah satu gerabak tergantung Schwebebahn ini di Kluse

Kenderaan ini direka oleh Eugen Langen di mana beliau menawarkan projek ini pada asalnya ke bandar Berlin, München dan Breslau[2] namun kemudiannya diambil alih oleh bandar-bandar Barmen, Elberfeld dan Vohwinkel di mana stesen-stesen perhentian terbina di bandar-bandar tersebut antara tahun 1897 dan 1903; landasan pertama ia mula beroperasi pada tahun 1901.[1] Perhubungan antara bandar-bandar ini mengesan dalam memacu perkembangan pesat bandar-bandar ini sehingga akhirnya disatukan menjadi kota Wuppertal yang wujud sehingga hari ini. Schwebebahn ini masih digunakan sebagai alat pengangkutan awam tempatan yang biasa mengangkut 25 juta orang penumpang setiap tahun menurut laporan tahunan 2008. [3] Kereta api baru dipesan pada tahun 2015, dipanggil Generation 15, dan kereta baru pertama mula beroperasi pada bulan Disember 2016.

Remove ads

Teknologi

Kereta-kereta monorel ini digantung dari suatu rel tunggal dibina di bawah kerangka sokongan keluli melalu roda didorong oleh banyak motor elektrik yang beroperasi pada 750 volt arus langsung melalui suatu rel hidup di bawah landasan.[4]

Stesen-stesen singgahan

  • Oberbarmen – hujung paling timur
  • Wupperfeld
  • Werther Brücke
  • Alter Markt
  • Adlerbrücke (Opernhaus)
  • Loher Brücke (Junior-Uni)
  • Völklinger Straße
  • Landgericht
  • Kluse
  • Hauptbahnhof (Döppersberg)
  • Ohligsmühle
  • Robert-Daum-Platz
  • Pestalozzistraße
  • Westende
  • Varresbecker Straße
  • Zoo/Stadion
  • Sonnborner Straße
  • Hammerstein
  • Bruch
  • Vohwinkel – hujung paling barat

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads