XL Axiata

From Wikipedia, the free encyclopedia

XL Axiata
Remove ads

PT XL Axiata Tbk [3] (dahulunya PT Excelcomindo Pratama Tbk), atau disingkat XL, adalah sebuah syarikat pengendali telekomunikasi selular di Indonesia.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...

XL ditubuhkan pada 6 Oktober 1989 dan mula beroperasi secara komersial pada 8 Oktober 1996, dan merupakan syarikat swasta pertama yang menyediakan perkhidmatan telefon bimbit di Indonesia.

XL memiliki empat produk GSM, iaitu Bebas (prabayar), Jempol (prabayar), Xplor (pascabayar), dan yang paling baru Jimat (dulunya merupakan jenis perkhidmatan milik Jempol, tetapi kemudian dikembangkan menjadi produk sendiri yang lebih dikhususkan untuk komunikasi ke luar negeri). Selain itu XL juga menyediakan perkhidmatan korporat yang termasuk pembekal khidmat Internet (ISP) dan VoIP.

Remove ads

Pemegang saham

Pemegang saham XL saat ini adalah:

  • Indocel Holding Sdn. Bhd. (67.02%), merupakan syarikat yang dimiliki 100% oleh TM International (L) Limited (TMIL). TMIL merupakan anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) yang khusus menangani pelaburan antarabangsa.
  • Khazanah Nasional Berhad (16.81%), merupakan perbadanan pelaburan milik Pemerintah Malaysia.
  • Emirates Telecomunications Corp. (ETISALAT) International Indonesia Ltd. (15.97%). ETISALAT International Indonesia Ltd. dimiliki 100% oleh Emirates Telecommunications Corporation (“ETISALAT”). ETISALAT adalah syarikat kini perkhidmatan telekomunikasi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang beroperasi dan mempunyai pelaburan meliputi 15 negara di kawasan Timur Tengah, Afrika, dan Asia, termasuk Afganistan, Republik Afrika Tengah, Cote D’Ivoire, Mesir, Gabon, Niger, Nigeria, Pakistan, Arab Saudi, Sudan, Tanzania dan Togo. ETISALAT baru-baru ini dianugerah sebagai "Best Overall Operator in 2007" pada Telecoms World Middle East Awards.
  • AIF (Indonesia) Limited (7.38%), merupakan syarikat pendanaan swasta yang beribu pejabat di Hong Kong.
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads