Yakovlev Yak-130

From Wikipedia, the free encyclopedia

Yakovlev Yak-130
Remove ads

Yakovlev Yak-130 adalah pesawat latihan Rusia yang telah melakukan penerbangan sulung pada 26 April 1996 oleh A. Sinitsyn. Firma Yakovlev dan Aermacchi kemudian telah melakukan satu pembangunan usahasama ke atas Yak-130. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh tiada persetujuan ke atas beberapa aspek-aspek tertentu pesawat, kedua firma ini kemudiannya mengambil arah yang berlainan berasaskan rekabentuk awal pesawat. Versi buatan firma Aermacchi dikenali sebagai M-346. Sebelumnya ia dikenali sebagai Yak-AT.

Fakta Segera Yak-130, Peranan ...
Remove ads

Kelainan

  • Yak-130/Aermacchi - prototaip latihan.
  • Yak-130-01 - Pesawat latihan lanjut / penyerang ringan usahasama Rusia-Itali. 90% menyamai pesawat Yak-130. Avionik oleh "Elektroavtomatika", St. Petersburg, Rusia. Pengeluaran oleh "Sokol". Penerbangan sulung dijangka pada suku keempat 2003.

Pengguna

Thumb
Pengguna pesawat Yak-130 (merah) dan M-346 (biru)
 Algeria
 Bangladesh
 Belarus
 Laos
  • Pasukan Udara Tentera Pembebasan Rakyat Lao – 10 buah pesawat dipesan, 4 buah pesawat dalam perkhidmatan.[11][12][13]
 Myanmar
  • Tentera Udara Myanmar – 12 buah pesawat dalam perkhidmatan. Kontrak pertama telah ditandatangani pada tahun 2015, 3 buah pesawat pertama telah diserahkan pada bulan Mac 2017.[14] 3 buah pesawat selebihnya telah diserahkan pada bulan November 2017, meningkatkan jumlah pesawat dalam perkhidmatan kepada 6 buah.[15] Pada bulan Februari 2018, pengumuman dibuat bahawa Myanmar akan menerima kumpulan tambahan sebanyak 6 buah pesawat di bawah kontrak kedua yang ditandatangani pada bulan Disember 2016. Pesawat diserahkan pada akhir tahun 2018.[16][17][18]
Rusia
  • Tentera Udara Rusia – 105 dari 109 buah pesawat dalam perkhidmatan setakat bulan Oktober 2018.[19][20][21][22] Tentera Udara Rusia telah membuat satu pesanan untuk 55 buah pesawat pada bulan Disember 2011, dengan tarikh akhir penyerahan menjelang tahun 2015. Pada bulan Disember 2013, dua kontrak baharu telah ditandatangani untuk penyerahan sejumlah 22 buah pesawat, dengan 12 buah pesawat akan diserahkan kepada pasukan aerobatik Rusia.[23][24] Satu kontrak untuk 30 buah pesawat telah ditandatangani pada bulan April 2016.[25] Rusia memerlukan sekitar 200 buah pesawat.[26]
 Syria
Remove ads

Spesifikasi (Yak-130)

Thumb

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 11.49 m (37 kaki 8 in)
  • Rentang sayap: 9.72 m (31 kaki 10 in)
  • Tinggi: 4.76 m (15 kaki 7 in)
  • Sayap luas: 23.52 m² (253.2 kaki²)
  • Berat kosong: 4,600 kg (10,141 lb)
  • Berat berisi: 6,350 kg (14,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 6,500 kg (14,330 lb)
  • Loji kuasa:Klimov RD-35 turbofan, 21.58 kN (4,852 lbf) setiap satu

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 1,037 km/j (644 bsj)
  • Kelajuan sederhana: 887 km/j (551 bsj)
  • Kelajuan menegun: 165 km/j (103 bsj)
  • Jarak: 2,546 km (1,582 batu)
  • Lelangit khidmat 13,000 m (42,660 kaki)
  • Kadar kenaikan: 50 m/s (10,000 kaki/min)
  • Beban sayap: 276.4 kg/m² (56.60 lb/kaki²)
  • Tujahan/berat: 0.68

Persenjataan

9 tenggekan untuk campuran pelbagai jenis persenjataan peluru berpandu udara-ke-udara Rusia (jarak dekat ke sederhana [perlu rujukan]) dan udara-ke-darat (hanya bom latihan[perlu rujukan]).

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads