Yousaf Raza Gillani
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Syed Makhdoom Yousaf Raza Gilani (Urdu: مخدوم سیّد یوسف رضا گیلانی) (lahir 9 Jun 1952 di Karachi) ialah seorang ahli politik Pakistan. Beliau menjawat sebagai Perdana Menteri Pakistan ke-16 dari Mac 2008 hingga Jun 2012, apabila kelayakannya sebagai Ahli Parlimen dibatalkan oleh Mahkamah Agung Pakistan.[2] Beliau merupakan naib pengerusi Parti Rakyat Pakistan kini.
Beliau mula menjadi Ahli Parlimen pada pilihan raya umum 1988, mewakili Multan-IV. Beliau seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelancongan di dalam kabinet Benazir Bhutto. Pada 1993 pula, beliau menjadi Speaker ke-15 Perhimpunan Kebangsaan Pakistan, hingga 1997. Beliau kemudian dituduh rasuah dan dipenjarakan mahkamah tentera antara 2001 dan 2006. Pada Mac 2008, beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Pakistan, selepas partinya mendapat kemajmukan dalam pilihan raya.
Pada 25 April 2012, Mahkamah Agung Pakistan menyabitkan Gillani melanggar Artikel 63(1) (g) Perlembagaan Pakistan.[3] Mahkamah mendapati beliau sebagai perdana menteri bersalah menghina mahkamah kerana enggan membuka semula kes rasuah terhadap Presiden Asif Ali Zardari, namun cuma memberikan hukuman simbolik "ditahan hingga mahkamah bersurai", hukuman yang berlangsung 30 saat.[4] Akhirnya pada 19 Jun 2012, Mahkamah Agung membatalkan kelayakan dan menyingkirkan Gillani daripada menjadi perdana menteri.[5][6]
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads