Zaibatsu

From Wikipedia, the free encyclopedia

Zaibatsu
Remove ads

Zaibatsu (財閥, 'plutokrat' atau 'konco harta') ialah istilah bahasa Jepun yang bermaksud konglomerat perniagaan industri dan kewangan di Empayar Jepun, yang menguasai kebanyakan ekonomi Jepun dengan pengaruh dan kebesarannya sejak zaman Meiji hingga akhir Perang Dunia Kedua.

Thumb
Ibu pejabat Marunouchi untuk zaibatsu Mitsubishi, pra-1923

Walaupun zaibatsu wujud sejak abad ke-19, namun istilahnya tidak kerap digunakan sehingga selepas Perang Dunia Pertama. "Zaibatsu" ditakrifkan sebagai monopoli menegak kawalan keluarga besar yang terdiri daripada sebuah syarikat pemegang di paras tertinggi yang memiliki penuh sebuah anak syarikat perbankan sebagai penyedia kewangan, dan beberapa anak syarikat perindustrian yang mendominasi sektor-sektor tertentu dalam pasaran, sama ada secara bersendirian atau melalui beberapa lagi syarikat kecil.

Remove ads

Kepentingan

Zaibatsu adalah pusat kegiatan ekonomi dan industri dalam Empayar Jepun, dan banyak mempengaruhi dasar dalam dan luar negara Jepun. Parti politik Rikken Seiyukai dianggap sebagai peluasan kumpulan Mitsui yang juga menjalin hubungan erat dengan Tentera Diraja Jepun. Begitu juga, parti Rikken Minseito berhubungan dengan kumpulan Mitsubishi dan Tentera Laut Diraja Jepun.

Senarai zaibatsu

Empat Terbesar
Zaibatsu tingkat kedua
  • Asano (浅野財閥)
  • Fujita (藤田財閥)
  • Furukawa (古河財閥)
  • Mori (森コンツェルン)
  • Kawasaki (川崎財閥)
  • Nakajima (中島飛行機)
  • Nitchitsu (日窒コンツェルン)           


  • Nissan (日産コンツェルン)           
  • Nisso (日曹コンツェルン)
  • Nomura (野村財閥)
  • Okura (大倉財閥)
  • Riken (理研コンツェルン)
  • Shibusawa (渋沢財閥)
Zaibatsu yang muflis
  • Suzuki shoten (鈴木商店)
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads