Zaman Meiji

From Wikipedia, the free encyclopedia

Zaman Meiji
Remove ads

Zaman Meiji (明治時代, Meiji jidai) adalah zaman pemerintahan Maharaja Meiji di Jepun selama 45 tahun (23 Oktober 1868 hingga 30 Julai 1912). Ketika ini, Jepun memulakan proses pemodenan lalu bangkit menjadi sebuah kuasa dunia.

Fakta Segera Sejarah Jepun ...

Selepas kemangkatan Maharaja Meiji pada tahun 1912, Maharaja Taishō naik takhta, maka bermulanya zaman Taishō.

Remove ads

Pemulihan Meiji dan Maharaja

Pada 3 Februari 1867, Mutsuhito yang berusia 15 tahun mewarisi tahkta Maharaja Kōmei, lalu terisytiharnya zaman pemerintahan baru iaitu Meiji, yang bererti "pemerintahan berkesedaran". Proses Pemulihan Meiji pada tahun 1868 mengakhiri sistem feudal kesyogunan Tokugawa yang berusia 265 tahun.

Pembaharuan terawalnya adalah perisytiharan Sumpah Lima Piagam pada tahun 1868, iaitu kenyataan am matlamat para pemimpin Meiji untuk menyuntik semangat dan meraih sokongan kewangan untuk kerajaan baru. Lima peruntukannya adalah seperti berikut:

  1. Pengasasan perhimpunan perbincangan
  2. Penglibatan semua darjat dalam melaksanakan hal-ehwal negara
  3. Pembatalan undang-undang kawalan perbelanjaan dan sekatan guna tenaga mengikut darjat
  4. Penggantian "adat resam durjana" dengan "hukum alam yang adil"
  5. Pencarian ilmu antarabangsa untuk memperkasakan asas pemerintahan maharaja
Remove ads

Lihat juga

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads